Tuesday, December 23, 2008

kedai kak ti..

hurmmm,ketika aku mengahabis kan masa smabl berdiskusi di kedai kak ti tadi,salah seorang partner lepak aku ada berkata sesuatu..dia kata dulu time skolah cikgu dia slalu pesan,kalau nak pandai kawan lah degn orang yang pandai,kalu kawan dgn org x pandai mesti jadi x pandai..
serentak dgn itu maka kepala otak aku pun berfungsi dan mencerna kata2 itu..tibe2 aku rasa ada jugak yang x benar dgn kata2 tersebut...cuba kita fikir,kalau kita berada di kalangan orang yang pandai mungkin kepandaian kita akan ditengelami dgn kepandaian mereka??Tapi kalau kita kawan degn orag bodoh mesti kepandaian kita kan menonjol...lagi satu kalau kita kawan dgn org bodoh nescaya dierg akan merujuk sebarang permasalahn dgn kita,mereka berharap kita akan dpt menyelesaikan nye,hatta otak kita akan kerapa berfungsi dan kita makin pandai!kita juga boleh mengajar kawan2 kita yg bodoh tue,bila kita ajar mereka kita pon akan semakin mahir dan pandai..Kalu kawan ngan org pandai dierg x kan mintak tunjuk ajar kita nyer,yelah maklum lah dah pandai,ikut kepala hotak dierg lah..Makin lama berkwn ngan org pandai makin lembab lah kita..hahahahahahaha

Friday, December 19, 2008

LEGO


bagi aku hidup ini umpama lego....

anda diberikan satu set lego dan ditinggalkn keseorangan,secara automatiknye tangan2 anda akan mengmbil kepingan2 lego tersebut dan membentuk satu objek menggunakn blok2 lego tersebut,kita bebas untuk membentuk apa yang kita mahukan,tak kira lah apa yang anda bentuk itu menjadi dinasor ke,monster dalam tasik ke,kereta ke,bangunan ke,orang ke,binatang ke,suke hatilah kerana apa yang anda bentukkan mencerminkan diri anda sebenar.Anda tidak memerlukan sesiapa untuk mengarah atau menyuruh anda untuk membentuk sesuatu,dengan otak pemikiran anda,nescaya anda mampu membentuk sesuatu dan sudah tentu akan berpuas hati dengan hasilnye.Nescaya jika anda membentuk sesuatu mengikut arahan atau suruhan orang nescaya anda tidak akan berpuas hati dgn hasil tersebut,itu bukan nye hasil anda sendri,tapi hasil orang lain.Jikalau terdapat kesusahan dan halangan dalam usaha membentuk lego tersebut maka anda akan meminta pertolongan keluarga atau kawan rapat bagi menbantu anda,dan ia akan menjadi lebih sempurna dan bermakna.Satu lagi perkara yang menyeronokan tentang lego ini adalah apabila anda melakukan kesilapan,anda boleh merombak semula dan mulakan semula dari awal,belajar dari kesilapan,kalau tersilap lagi,rombak lagi,dan mula sekali lagi,kalau silap lagi,mulakan lagi,kerana kita semua harus belajar dari kesilapan,jikalau anda belajar dengan kesilapan maka percayalah lego itu akan menjadi sesuatu yang lebih sempurna dan sesuatu yang mampu anda banggakan!

Thursday, November 20, 2008

ke mana menghilang..........

jauh di dalam sudut kepala otak aku,masih segar lagi kemeriahan pada tahun 2002/2003..
bkan meriah pasal apa,tapi pada tahun tersebut jalan2 di bandar Kota Bharu meriah dengan kehadiran insan2 yang berambut cacak(mohawk),jaket kulit berpaku,sluar jeans levis ketat,koyak2,subang sana-subang sini,kasut boot dr.martens, ada juga yg berambut botak licin,baju fred perry berkolar siap dgn string,berkot,sluar levis ketat,kast boot dr.matens...cukup meriah! Golongan2 ini juga lebih dikenali dgn nama Punk dan Skinheads..Mungkin ada juga yang menganggap golongan ini sebagai sampah masyarakat!kerana mereka x dapat menerima mereka yang kononye telah melanggar adat ketimuran dalam berpakain..bagi aku itu semua satu diskriminasi!kalau golongan ini berpakain agak pelik dianggap sebagai sampah masyarakat,kenapa x mengangap golongan yang berpakain x cukup kain,yg berpakaian ketat menmpakan tubuh badan x dipanggil sampah masyarakat?!!bukankah itu dah melanggar adat ketimuran!!lebih pada itu,mereka disanjung2 pula!!cukuplah bercakap mengenai diskriminasi ini..dunia ini memang tidak adil...Aku akui,walaupun pernah di pow(nanti aku ceritakan dlm entri lain) oleh salah seorang dari golongan punk,aku Bangga dengan golongan-g0golongan ini!
Bagi aku,mereka ni merupakan pemuda-pemuda yang berani memperjuangkan apa yang mereka mahukan!mereka ni golongan yang berfikiran bebas!mereka bukan jenis pak turut!mereka berani melakukan apa sahaja yang mereka rasa betol(kadg2 salah bagi kita)..
mereka berani dan bebas!!!dan mereka berpakain begitu pun kerana ingin menegakkan falsafah mereka bukan main pakai je.mereka akan cuba berpakai seganjil yg mungkin dan sebebas yg mungkin.ini kerana merak ignin menunjukan kepada dunia yg mereka ni bebas!rebell!x terikut dgn mana2 undang2 fesyen yg karut marut itu..kenapa aku kata mereka berani?cuba anda bayangkan,anda dipakaikan dengan seluar ketat,pastu rambut mohawk,jaket kulit,beranikah anda untuk keluar dan berjalan di khalayak ramai???kalau falsafah dan tujuan anda x cukup tinggi maka pukul mati hidup balik pon anda x akan keluar kan??aku juga cukup kagum dgn falsafah budak skinhead,terutama dari negara asalnye, Great Britain..di sana mereka memperjuangkan bangsa mereka!mereka ada falsafah bahawa negara mereka hanyalah untuk rakyat mereka!!bukankah itu merupakan semngat patriotik dan cintakan banggsa??kalau lah bangsa melayu mempunyai semangat yang sebegitu nescaya tidak akan berlaku limpahan pendatang asing di negara kita!apa salah nye jika kita menyerap nilai2 ini ke dalam bangsa kita tapi sesuaikan dgn budaya kita??janganlah terlalu sempitkan minda kita dengan mendiskriminasi,mengapa kita tdk mengambil sesuatu yg elok..tidak semua yg datang dari mereka buruk..aku cukup menyampah apabila melihat seseorang yang berambut mohawk,siap kaler2 lagi,mengalahkan budak punk,tetapi hatinye kosong!!tidak bebas!tidak rebel!pengecut!rambut mohawk katenye fesyen skarang!!huh!kalau kat kota bharu dulu budak2 macam ni dah lama kena pukul..tapi sayang,golongan2 yang bebas seperti dulu nmpak nye sudah makin menghilang..mungkin kerana mendapat tentangan yang cukup hebat dari masyarakat yang masih mempunyai minda yg tidk cukup terbuka dan bebas..mungkin mereka terlalu dipandang hina dan keji oleh masyarakat,dan mungkin juga ada sesetengah pihak yang mengangap mereka ini akan mengguggat kepentingan mereka suatu hari nanti...
bebaskan lah diri anda!!

Tuesday, November 11, 2008

aku dicabul!!!!

semalam aku pinjam internet dari Shatmi(teman sebilik nurul@aloy), ntah macam mane,mungkin akibat terleka atau lalai aku terlupa untuk mengsign out blog aku..
kesudahan nye nurul@aloy telah mengambil kesempatan untuk berkarya dalam
laman aku yang suci tanpa kisah cinta ini!!!(aku dicabul)..oleh hal demikian aku hendak
mengeluarkan satu stetment bahawa dua karya di bawah ini bukan hasil nukilan aku..
itu hanyalah rekaan nurul semata-mata..aku tidak sehebat dan sehensem dia untuk menulis
satu entri yang begitu indah kata-katanye...
sekian......

p/s:reza kau nurul!!!

Monday, November 10, 2008

Beri Aku Peluang Sayang....

Sayang.......Kenapa harus begitu suratan yang aku terima.
aku juga ingin mencintai dan dicintai..

Aku menangis dalam tawa sayang. Berikan aku peluang untuk aku buktikan betapa aku menyanyangi dirimu. Aku akan buktikan bahawa aku menjaga dirimu dan menjadi kekasih yang baik. Menjadi kekasih paling setia.

Kenapa tidak rasa sayang seorang kawan itu kau emosikan juga rasa sayang seorang kekasih.

Beri aku peluang dan kesempatan sayang.....

TIADA CINTA SETANDING CINTA AKU.

Aku sayang dia....?

Pernah sekali aku cakap padanya, "aku begitu sayang pada kau"
Tapi die tetap endah tak endah. Katanya cinta aku hanya gurauan. Gurauan dari seorang teman kepada Teman.

Sungguh..sejak awal perkenalan aku sudah lama memendam kasih dan sayang padanya.
Tapi aku malu. Aku malu menyatakan kebenaran hatiku.
Aku sedar, aku tak sehebat Nurul@Aloy. Aku tiada karisma.
Tapi sungguh aku cinta padanya.

Jika lepak bersama, aku selalu perhatikannya.
Cara dia bercakap, berbisik, dan paling menggembirakan hatiku
Tatkala melihatnya ketawa.

Bahagia aku rasa walaupun kau bukan milik aku.
Mungkinkah aku yang terlambat menyatakan cinta?
Hingga kau mengangap aku sebagai seorang kawan.
KAWAN?

Pernah sekali aku deman kerana terlalu rindukan kau.
Waktu itu kau pulang ke kampung.

Penyudahnya di malam itu kau aku hubungi.
Alasannya aku sekadar bertanya bila hendak balik ke Shah Alam.
Sebenarnya aku terlalu rindukan kau...mengertilah sayang....
Dan malam itu selepas mendengar suara kau,, tidur malamku diulit mimpi indah,
Kau nyatakan kau jua sama seperti ku. Mencintai dalam diam.
Tapi aku kecewa keesokan paginya.

Sayang.....dengarilah jeritan batinku,
Yang memekik menjerit memanggil namamu.

Aku berazam.... tadi telah aku buat perjanjian bersamanya.
Bahawa esok kami akan makan bersama, tapi tidak kuundang kawan yang lain.
Nanti dimalam esok. Akan kugemgam erat tangan mu dan akan aku nyatakan betapa..

"AKU MENCINTAI DIRIMU"

sudikah kau terima diri ini sayangku?

Wednesday, November 5, 2008

kapchai buruk pon nak curi ke????

Hari-hari aku berlalu seperti biasa..
hari ni aku terjaga dari tidur yg x brape lena(celaka pnyer nyamuk) awal sedikit daripada biasa kul 12...secara otomatik nye perut aku pon lapar,mahukan nasi katanye...hurmmm..susah betol nk bela perot ni,bgn2 je nak nasi..haish.....lantas ku segerakan langkah aku untuk mandi,gosok gigi,pakai baju,pakai deodorant skit and so on....Semasa je aku berjalan ke arah garaj motosikal,tibe2 hati aku berdebar..hati ku berdegup kencang..benarkah apa yg aku lihat ini???aku x percaya??dalam bnyk motor,nape motor aku x de???mana MOTOR AKU!!!!!!gler ah x kan motor kapchai burok pon nak curi??!!!
ARGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHH..........

mari kita imbas kembali.........


malam sebelom kejadian,tergerak hati aku nak pegi cc,cuba mendapatkan manfaat sistem informasi,sambil membazirkan masa..(biasa intenet pinjam ngan el-jober je)..cc dgn rumah aku x jauh sgt,kalu jalan 2 minit da smpai..tapi ntah kenapa mlm tu aku malas gler nak jalan,aku membuat keputusan yg drastik utk tunggang motor je kesana,sambil menikmati kedinginan angin malam konon....da sampai cc aku parking elok r motor aku,kunci handle je,motor kapchai sape nk curi..apa lagi,satu jam aku menghabiskan masa dan duit aku kat cc tue..ha,entri hobi aku sewaktu aku kecil aku tulis semalam la..dah agak2 x de keje sgt dah mlam tue..aku bwat keputusan yg drastik skali lagi untuk pulang ke rumah dan tido...
aku : pc no.8 braper bang??
abang cc: Rm 3 je dik..
aku :olait,masih bang...

sambil kepala aku sedang asyik mengelamun,aku berjalan pulang kerumah,mata da ngantok x sabar rasenye nak tido..time2 camni la perasaan rindu kat katil aku memuncak-muncak...
macam biasa,smpai umah aku buang sisa2 toksin dlm badan jap pastu trus tido.....

p/s:jumpa x perbezaan dlm cter ni???

hobi ak sewaktu kecil...

mencari harta karun............

Tuesday, November 4, 2008

Rakyat Malaysia digalakan naik pengangkutan awam






Seingat aku, pada waktu kerajaan kecoh nak naikan harga minyak..pihak kerajan juga ada menyarankan Rakyatnye utk menaiki pengangkutan awam..kate mereka boleh jimat,x terperangkap dgn jam,rakyat x sepatutnye bergantung harap kepada subsidi sahaja..itu kata mereka..Bagoslah,sebab kat negara2 maju yang lain.pengangkutan awam la kenderaan utama mereka,lebih jimat,efisen,menyenangkan,mesra and so on..Aku harap sejajar denagan saranan ini,kerajaan akan lebih memberi tumpuan untuk memantapkan pengangkutan awam kita,biar satu hari nanti akan jadi kenderaan utama rakyat Malaysia macam negara2 maju yg lain.....Aku SOKONG!.....
Tapi....
baru semalam aku tgk warta berita,Kerajaan sekarang dalam proses menilai harga baru tambang pengangkutan awam,kata mereka tambang pengangkutan awam akan dinaikan lagi(walaupun mnyk sudah turun), bagi menampung pelbagai bagai kos selenggaraan...
jadi rakyat Malaysia SANGAt2 digalakkan naik pengangkutan awam!menguntungkan mereka!!
naiklah!ak SOKONG SGT!


p/s:bila agaknya aku boleh naek rapidKL??asyik naik motor je...

yang penting ikhlas....

Tarikh:Aku lupa
Pada hari tersebut aku ada seekor test yg perlu dihadapi,seperti biasa Pn.Kd mengarahkan kami keluar kelas,bwat bodoh!!(tue ak sorang je)..sedang enak Pn.Kd menyusun kedudukan kami(supaya kami lebih bermaruah),aku seperti biasa,seorang studen yg observen,aku perhatikan semua rakan2 sekelas aku masih lagi terkial-terkial membelek nota-nota,buku teks,catatan kaki,toyol dan so on sambil tggu giliran mask ke dalam(dah nak masuk dewan dah oi!!!)..
Tapi,macam biasa aku dan seorang kawan aku, Farud yg paling relaks,bertenang,clearkan minda,maklumlah org dah ready,bwat apa nak baca2 lagi??(sbenarnye mmg dah giv up)..
Sambil aku enak mengelamun jauh pasal part,tiba2 terngiang2 suara Farud memulkan
perbualan..........

Farud: Weyh, macammane ni??aku x baca apapon..kau ada toyol x???
Adam: Aku???aku mengharapkan kau nih??x kan xde toyol kot???
Farud:Mana ada,aku x sempat nak menurun smalam ..dah la x baca pape..
aku bukan x nak baca,tapi......
Adam:Gapo??
Farud:Aku dah baca.aku dah cuba sedaya upaya..tapi susah nak masuk dalam kepala
otak aku ni..macam mane ha??

serentak dengan itu,aku menarik nafas aku dalam2,lalu aku menghebuskan nafas plahan2...
dengan lagak bagai seorg pakar motivasi aku memulakan monolog aku....

Farud,kamu ni bermasalah,aku dah lama perhatikan kau,dari dulu lagi,kau asyik luahkan perasaan kat aku kan,kau kata kau blaja,tapi x penah2 masuk apatah lagi melekat dalam kepala kau,memang mustahil lah...akibatnya,pelajaran kau merosot..sape susah??
Farud,dengar sini...bkan otak kamu yg bermasalah..setiapa insan dilahirkan di bumi ini dikurniakan degn satu tubuh badan yg sihat dan juga akal fikiran yg waras..senang cite kau x bodoh la..yang sebenarnye Hati kau tue yg bermasalah(selain masalah rokok)..kau belajar memanglah rajin,tapi tengoklah,kau blajar x IKHLAS,kau belajar semata2 utk jawab test,kau belajar semata2 nak jwb exam...x elok macam tue..kita kalau nak belajar,yang penting kita kena ikhlas..betul,Hati tue kena ikhlas,belajar bukan tujuan utk masuk test je....kte belajar ni kerana ilmu,kita belajar kerana kita dahagakan ilmu tue,ilmu yang kita belajar tue bkan semata2 untuk diluahkan dalm peperiksaan je,ilmu tu jugak lah yang akan membimbing kita di kemudian hari(cheewaaaahhh)..Ingat farud,belajar ikhlas,barulah benda tue boleh lekat dalam hati dan minda kita..jangan jadi macam diaorg nih,msa nak masuk exam baru terngadah-ngadah nak tgk nota,nak hafal tue,nak hafal ni,selit nota tu,selit nota ni(x bermaruah),dieorg blaja semata nak masuk exam,lepas tue semua ilmu yg dierg dapt diorg lupa!!X IKHLAS tue!!nak blaja ke apa???baek x payah masuk u kalau statkat blaja camtue!!x hormat ilmu!!...
dengar ye farud....IKHLAS!!insyallah kalau kamu ikhlas blajar,nescaya ilmu tue x akan tinggalkan kita........(nilah monolog paling pangjang dlm idup aku)

Farud:ye.......aku insaf
Adam:igt IKHLAS!!

p/s:aku fail test aritu sebab x ikhlas....

Thursday, October 23, 2008

jilat bontot depa..........

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.Sebahagian masyarakat bukan Melayu menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.

-petikan dari laman web Jabatan Penerangan Negara.-

Bagi aku kalau susah sgt nak paham dan nampak naik kepala sangat mansuhkan je Kontrak sosial ni!, tapi dengan syarat kewargenegaraan mereka ditarik balik dan kembali menjadi imigran seperti zaman sebelom merdeka!!kerana itulah taraf mereka yang sebenar benarnye!!!Nak sangat mansuh kontrak sosial!!!

tapi apakan daya.....
kita sudah kekurangan pemimpin 'MELAYU'

Tuesday, October 21, 2008

hari untuk berkeluarga....










"Jum Gempak"


itulah tema yg diberikan oleh pihak organizer bagi hari keluarga Fakulti Ofis manegment pada 18 oktober...kenapa jum gempak???kerana konon2 nye bnyk aktiviti2 yg menarik akan disediakan pada hari tersebut dan akan menjamin bahawa pagi sabtu kami tdk akan sia2 jika kami menghadirkan diri...antara aktiviti2 yg dijanjikan:


1.shamsul ghau2 (x nmpk bayang pon)

2. Bang bang boom (x de yang bang pon??)

3. AO project (apa benda tuh??)

4.batik futsal(gler apa maen futsal pkai kaen batik??)

5. Pelikat netball(org kampung pon x maen game nih)

6.Clowns(sekor je yg dtg,tu pon stock muka ketat je)

7.Games(bnyk game2 sukan rakyat yg disediakan, ni je yg meriah)

8.Senamrobik(paling best)
senamrobk best!!!
bukti sgt kukuh!!










Dipendekkan criterla, bnyk la aktiviti2 yg hendak disediakan bagi memeriah kan hari tersebut..namun di atas sedikit kesilapan bnyk aktivi2 tersebut hanya tggl janji manis sahaja..


Namun aku berpuas hati kerana pada hari tersebut pelajar ari department event management dinobatkan sebagai group plg havoc.ye,saya mengakui nye bahawa grup dari kumpulan kami lah yg plg bnyk membantu utk memeriahkan hari tersebut,kalau x mesti dah x jadi jum gempaq! tapi, aku masih kecewa dgn sikap sesetengah pelajar dari grup ak yg suka mengasingkan diri dan tidak mahu bercampur gaul hatta mengeratkan silaturahim sesama kte..kenapa sikap ini masih berlaku???padahal kami sebagai satu group harus bersatu padu dan mesra kerana pada sem akhir kami harus menjalankan satu event bersama sama..kalau x de kemesraan dan bersatu padu, aku boleh jamin event kami akan hancur dan mebi markah final project kami x gempaq! aku buntu, bagaimankah harus aku lakukan utk menyatupadukan bdak2 grup ak???susah sgt ke nak bersosial???apa yg kte dpt dgn bersikap sombong??x boleh kah kte beramai2 berkumpul dan lepak2 je??susah sgt kah nak kuar sesama???sibuk sgt ke kte ni???ntahlha..aku dah putus asa dah........aku jeles ngan bdak dari group b, mereka sagt rapat dan bersatu padu..kenapa kita tdk mengambil contoh dari mereka??








papepon,trima kasih bwat organizer kerana menganjurkan jum gempaq tersebut, telah bnyk perkara yg aku belajar dari kejadian hari itu..aku harap perkara yg telah aku belajar itu dapt dipraktikan bila aku bwat event suatu hari nanti....tenkiu!!

Sunday, October 19, 2008

ASYIK

11.00 p.m
ah..report untuk group esaimen c.azillah blom aku siapkan lagi(walaupun esk nak hanta)..
lalu panta s ibu jari aku mencapai punat 'on' di komputer ku...
aku mulakan degn lafaz bismillah,satu persatu kekunci yg bertanda kan huruf itu ak tekan..

ktuk!ktak!ktuk!ktak!ktuk!ktak!

tanpa ku sedari sudah hampir separuh ak siapkan..hurm boleh tahan juga ak buat keje,hanya perlukan 5 jam setengah utk siapkan separuh report..ak tidak dapat menahan perasan bangga dan angkuh aku ketika itu..lalu ku sambung balik kerja-kerja ku yang masih blom selesai...
ketika itu tak dapat ak gambarkan betapa asyik nye minda ku melayang-layang memikirkan apa yang harus aku karutkan dalam report ini..jari jemari dengan penuh lemah lembut menghayun dan menghentak papan kekunci..bunyi ketukan papan kekunci yang halus itu sgt mengasyikan aku.ditambah lagi dengan iringan lagu-lagu syahdu nyanyian arwah P.Ramlee di telinga ku, cuaca dingin selepas hujan pagi itu sagt selesa dan menyejukkan...ahhhh ASYIKNYe...........................sagt asyik.........................................................................



1.00 p.m: aku tersedar!!ahhhhhh mampos!!esaimen x siap lagi!!!mcam palat!!

Thursday, October 16, 2008

kisah betol..

benda ni terjadi pada 25/26 september lalu, kalau ak x silap..yg
ak igt kejadian ni berlaku selepas full rehearsel bakai....
sebaik selesai rehearsel,kami ahli produksi bakai atau lebih dikenali sebagai paradoks(pengasasnye nurul) telah sebulat suara sependapat ingin melabuhkan punggung di khulafa sambil lepak sambil minum sambil berdiskusi pasal bakai...sebaik saja sampai ak heran,macam kurang seseorg je..owhhh..x de sebijik bukti rupanya,sebelum itu ak ada menjemput seorang bukti a.k.a intan(bukti mmg kukuh) untuk lepak bersama di khulafa,tapi beliau telah mengecewakan ak...lalu aku capai telefon bimbit mahal ku, pantas aku susun ayat2 indah untuk disend kan kepada intan..sesi sms pada malm itu lebih kurang macam ni:

Aku:
intan mane??kata nak lepak khulafa td,kenapa kecewakan i...sob2

intan membalas:
I tgh lepak la ni sayang...

(perghhh dah siap sayng2 dah ni,petanda baik ni...gertak hati ku)

Aku membalas balik(gila kau x nk balas!!):
Mana??x de pun..u tipu!!kte nak lepak tadi??huh(merajuk la k0non)

sejurus ak membalas sms tersebut,aku terperasan nurul senyum2 sinis kat aku,tergelak2 kecil.apahal mamat ni??lantak la,dia kadang2 dia mmg camtu..huh,mals nk peduli,layan bukti lagi bagus....

Intan balas balik:
I kat depan u la ni sayang.......

haish!!!laen macam je bunyi ni,ak cuba2 intai,takut2 dia da sampai tapi menyorok kat belakang ke...tapi x de pon..gelak nurul tadi yang kecil berubah menjadi semakin besar..muka dia memang sagt nakal ketika itu,x seperti nurul yang biasa..ak cuba menggamati nurul,apa yg kelakar sgt ni??aku terlepas lawak ke??ku teliti setiap pergerakan tubuh beliau..
muka yg nakal,mulut tersenyum lebar sambil ketawa,berjambang,badan tough,tangan berurat,sambil ketawa sambil pegang telefon murah..huh.dia pegang telefon??jap2..dia sms ngan sape sampai tergelak besar..lantak lah...ak cuba baca balik sms intan td,dengan hajat nak membalasnye dengan ayat2 yg lebih romantis dan puitis..ntah kenapa tiba2 mata aku terjeling ke arah nama sender,lebih kurang macam ni lah:
From: Akses Nurul
Text: i kat depan u la ni sayang....
shiiiiillaaaaaka nurul!!!!(jeritan batin ku yg amat malu)

pssssssssss:kalau ada pompuan mes korang cakap sayang2,jangan percaya!!!

Monday, October 13, 2008

kasih terlarang

sudah berkurun aku tidak bermadah madah dalam blog ini..
maka pada hari ini, ada satu perkara yg bermain main di kepala hotak yang ak rasa
perlu aku publis kan dalam page ini...al-kisah:-
Pada Ahad malam yg lepas(12/10) satu pementasan teater BAKAI telah selamat dipertontonkan kepada warga UiTM..aku nak mengucapkan terima kasih yang amat banyak sekali kepada seluruh produksi BAKAI kerana menjelang hari pementasan, aku dapat lihat kesungguhan dan komitmen mereka untuk menjayakan naskah ini..walaupun banyak keje yang disiapkan last minit,ak tetap berterima kasih,tanpa korang x de lah set, tanpa korang x delah kostum, tanpa korang x delah tiang rom yg gah itu(hahahah), konklusinye, tanpa korang memang takde lah naskah BAKAI ni...
terima kasih semua, dan segala kelemahan aku dalam management harap dapat dimaafkan kerana aku hanyakah sekadar kuman malah masih lagi dalam proses belajar dan hanyalah setahun jagung dalam bidang ini...sekian

Thursday, October 2, 2008

raya datang lagi!!!!

rutin biasa aku pada satu syawal:

6.30 a.m: tuk wan dah bising2 sowh bangun,sebab sepupusepapat ramai,so kena berebut blik air

7.30 a.m: baru dapat mandi(x perlu lah ak citerkan apa yang ak bwat dlm bilik air kan???)

7.45 a.m: makan nasi hujan panas dengan kuah kuzi(sejenis masakan klantan mak ak buat)

8.00 a.m: dah kena pegi masjid sbb klau pegi lewat sgt takut x de tempat parking

8:15 a.m: lepak kat bawah masjid,sbb kat atas da penuh ngan mamat2 bangla..celaka btol!

8:30 a.m: tasbih raya ,kadang2 ak tertido masa tasbih tue..hahah

9.00 a.m: solat raya lah!x kan nak solat maghrib plak pagi2 raya nih!

9.45 a.m: baru abes khutbah yg pangjang dan apa benda yg pak imam tu kata pon ak x tau!lepas tu family ak tros gerak pegi kubur nenek ak sedekahkan yasin(part ni ak x suka sgt sbb ak lemah skit bab2 baca al-quran,slalu mesti ak yg plg lambat abes baca yasin..hampeh)

10:15 a.m: balik umah tuk wan,melantak juadah yg dah tersedia..

10.30 a.m: beraya ngan paklong,mak ngah parent ak,abg ak sambil kutip duit raya yg dierg bagi..

11.00 a.m: kteorg beramai2 start gerak pegi umah sedara mara yg laen utk mengattact juadah yg mereka sediakan...

ARRRRRRGGGHHHHHH!!!!!!bosan lah kisah hari raya ak,mmg rutin tu je tiap2 taun sampai ak pon bosan nak tulis!!x payah baca lah..baek korang tgk redtube lagi best!!huh.

p/s: apa kata ak ajak femili ak celebrate kismes plak taun depan,bwat parti liar,barulah seronok ak kisahkan dlm blog nih!!btol x??

hepi new year??

happy new year lorhh!!!

10 minit sebelom tu...
selepas berbuka puasa di salah satu restoran mahal di pavillion(ANGKUH) ak dan yan
masih belum berpuas hati berlagak seperti orang kaya pada hari tersebut..
lalu kami yg mmg tgh berlagak n kebetulan ada duit lebih sikit,kami bwat keputusan
yg sgt drastik utk lepak minum kat starbuck b.bintang sambil mengutuk sesapa jelah yg lalulalang kat depan kteorg, pak cik yg jual bebola warna warni pun x terlepas dari kutukan kteorg,maklumlah tgh lepak starbuck..(kami amat yakin,kami jelah satu2nye bdak melayu lepak kat situ.bangga!)
tbe2 datg seorg pakcik,raut wajahnye iras2 bruce lee yg tua,badan kurus,baju kemeja kemas dimasukkan ke dalam seluar..tanpa mempedulikan kteorg yg tgh lepak ni,dia melap meja kteorg dan membuang mana2 sampah yg layak dibuang.(yan pun layak dibuang beliau merupakan sampah masyarakat). Kemudian pak cik tu meneruskan aktiviti beliau dgn pergi ke meja2 laen sambl melakukan rutin yg hampir sama...rajin sggh pak cik ni(hati kecilku berkata2)
5 minit kemudian pak cik tue dtg lagi,dgn muka selamba baldi pon mintak sebatang rokok dari yan.Opkos la yan bagi x kan x nk bagi kot,kecik ati plak pak cik tu nnt.....
sambil menyalakan rokok beliau yg pow td,pak cik tu mmulakan dialog dgn kami:

pak cik : ini ali apa ha???
aku : hari ni ari sabtu nape pak cik?
pak cik : owhh...ini ali kuasa(puasa) kan???
yan : haaaa.puasa puasa...
pak cik : haiya,kuasa pun mau isap rokok jugak ka??
yan n ak: malam2 x puasa lah!siang je!!giler apa nak puasa 24 jam!!
pak cik : ooooo,itu macam ka??aaaa ari selasa depan mau raya kan??
aku : bukan2 ari rabu kteorg raya.
pak cik : ooooo...itu macam ka...
(pak cik tue berfikir sejenak...)
pak cik : ali ni kuasa,esk pon kuasa,lusa pon kuasa,selasa pon kuasa?so ari rabu lah raya??
yan : yelah pak cik!kan da bgtau td,kelabu asap btol..
pak cik : owh,itu macam ka?mggu ni kuasa,rabu depan baru raya??
: itu macam HAPPY NEW YEAR lorh!!!
(ak ngan yan berfikir sejenak,giler apa pak cik ni,org kata rayalah bkan new year!!)
aku : pak cik hari raya lah, bukan new year..
pak cik : hahahahaha...ya ke??Happy new year lah!!(sambil berlalu pergi ke meja laen)

p/s: kteorg da x nak berlagak jadi macam org kaya lagi...x pasl2 jadi kelabu asap!