Thursday, November 20, 2008

ke mana menghilang..........

jauh di dalam sudut kepala otak aku,masih segar lagi kemeriahan pada tahun 2002/2003..
bkan meriah pasal apa,tapi pada tahun tersebut jalan2 di bandar Kota Bharu meriah dengan kehadiran insan2 yang berambut cacak(mohawk),jaket kulit berpaku,sluar jeans levis ketat,koyak2,subang sana-subang sini,kasut boot dr.martens, ada juga yg berambut botak licin,baju fred perry berkolar siap dgn string,berkot,sluar levis ketat,kast boot dr.matens...cukup meriah! Golongan2 ini juga lebih dikenali dgn nama Punk dan Skinheads..Mungkin ada juga yang menganggap golongan ini sebagai sampah masyarakat!kerana mereka x dapat menerima mereka yang kononye telah melanggar adat ketimuran dalam berpakain..bagi aku itu semua satu diskriminasi!kalau golongan ini berpakain agak pelik dianggap sebagai sampah masyarakat,kenapa x mengangap golongan yang berpakain x cukup kain,yg berpakaian ketat menmpakan tubuh badan x dipanggil sampah masyarakat?!!bukankah itu dah melanggar adat ketimuran!!lebih pada itu,mereka disanjung2 pula!!cukuplah bercakap mengenai diskriminasi ini..dunia ini memang tidak adil...Aku akui,walaupun pernah di pow(nanti aku ceritakan dlm entri lain) oleh salah seorang dari golongan punk,aku Bangga dengan golongan-g0golongan ini!
Bagi aku,mereka ni merupakan pemuda-pemuda yang berani memperjuangkan apa yang mereka mahukan!mereka ni golongan yang berfikiran bebas!mereka bukan jenis pak turut!mereka berani melakukan apa sahaja yang mereka rasa betol(kadg2 salah bagi kita)..
mereka berani dan bebas!!!dan mereka berpakain begitu pun kerana ingin menegakkan falsafah mereka bukan main pakai je.mereka akan cuba berpakai seganjil yg mungkin dan sebebas yg mungkin.ini kerana merak ignin menunjukan kepada dunia yg mereka ni bebas!rebell!x terikut dgn mana2 undang2 fesyen yg karut marut itu..kenapa aku kata mereka berani?cuba anda bayangkan,anda dipakaikan dengan seluar ketat,pastu rambut mohawk,jaket kulit,beranikah anda untuk keluar dan berjalan di khalayak ramai???kalau falsafah dan tujuan anda x cukup tinggi maka pukul mati hidup balik pon anda x akan keluar kan??aku juga cukup kagum dgn falsafah budak skinhead,terutama dari negara asalnye, Great Britain..di sana mereka memperjuangkan bangsa mereka!mereka ada falsafah bahawa negara mereka hanyalah untuk rakyat mereka!!bukankah itu merupakan semngat patriotik dan cintakan banggsa??kalau lah bangsa melayu mempunyai semangat yang sebegitu nescaya tidak akan berlaku limpahan pendatang asing di negara kita!apa salah nye jika kita menyerap nilai2 ini ke dalam bangsa kita tapi sesuaikan dgn budaya kita??janganlah terlalu sempitkan minda kita dengan mendiskriminasi,mengapa kita tdk mengambil sesuatu yg elok..tidak semua yg datang dari mereka buruk..aku cukup menyampah apabila melihat seseorang yang berambut mohawk,siap kaler2 lagi,mengalahkan budak punk,tetapi hatinye kosong!!tidak bebas!tidak rebel!pengecut!rambut mohawk katenye fesyen skarang!!huh!kalau kat kota bharu dulu budak2 macam ni dah lama kena pukul..tapi sayang,golongan2 yang bebas seperti dulu nmpak nye sudah makin menghilang..mungkin kerana mendapat tentangan yang cukup hebat dari masyarakat yang masih mempunyai minda yg tidk cukup terbuka dan bebas..mungkin mereka terlalu dipandang hina dan keji oleh masyarakat,dan mungkin juga ada sesetengah pihak yang mengangap mereka ini akan mengguggat kepentingan mereka suatu hari nanti...
bebaskan lah diri anda!!

Tuesday, November 11, 2008

aku dicabul!!!!

semalam aku pinjam internet dari Shatmi(teman sebilik nurul@aloy), ntah macam mane,mungkin akibat terleka atau lalai aku terlupa untuk mengsign out blog aku..
kesudahan nye nurul@aloy telah mengambil kesempatan untuk berkarya dalam
laman aku yang suci tanpa kisah cinta ini!!!(aku dicabul)..oleh hal demikian aku hendak
mengeluarkan satu stetment bahawa dua karya di bawah ini bukan hasil nukilan aku..
itu hanyalah rekaan nurul semata-mata..aku tidak sehebat dan sehensem dia untuk menulis
satu entri yang begitu indah kata-katanye...
sekian......

p/s:reza kau nurul!!!

Monday, November 10, 2008

Beri Aku Peluang Sayang....

Sayang.......Kenapa harus begitu suratan yang aku terima.
aku juga ingin mencintai dan dicintai..

Aku menangis dalam tawa sayang. Berikan aku peluang untuk aku buktikan betapa aku menyanyangi dirimu. Aku akan buktikan bahawa aku menjaga dirimu dan menjadi kekasih yang baik. Menjadi kekasih paling setia.

Kenapa tidak rasa sayang seorang kawan itu kau emosikan juga rasa sayang seorang kekasih.

Beri aku peluang dan kesempatan sayang.....

TIADA CINTA SETANDING CINTA AKU.

Aku sayang dia....?

Pernah sekali aku cakap padanya, "aku begitu sayang pada kau"
Tapi die tetap endah tak endah. Katanya cinta aku hanya gurauan. Gurauan dari seorang teman kepada Teman.

Sungguh..sejak awal perkenalan aku sudah lama memendam kasih dan sayang padanya.
Tapi aku malu. Aku malu menyatakan kebenaran hatiku.
Aku sedar, aku tak sehebat Nurul@Aloy. Aku tiada karisma.
Tapi sungguh aku cinta padanya.

Jika lepak bersama, aku selalu perhatikannya.
Cara dia bercakap, berbisik, dan paling menggembirakan hatiku
Tatkala melihatnya ketawa.

Bahagia aku rasa walaupun kau bukan milik aku.
Mungkinkah aku yang terlambat menyatakan cinta?
Hingga kau mengangap aku sebagai seorang kawan.
KAWAN?

Pernah sekali aku deman kerana terlalu rindukan kau.
Waktu itu kau pulang ke kampung.

Penyudahnya di malam itu kau aku hubungi.
Alasannya aku sekadar bertanya bila hendak balik ke Shah Alam.
Sebenarnya aku terlalu rindukan kau...mengertilah sayang....
Dan malam itu selepas mendengar suara kau,, tidur malamku diulit mimpi indah,
Kau nyatakan kau jua sama seperti ku. Mencintai dalam diam.
Tapi aku kecewa keesokan paginya.

Sayang.....dengarilah jeritan batinku,
Yang memekik menjerit memanggil namamu.

Aku berazam.... tadi telah aku buat perjanjian bersamanya.
Bahawa esok kami akan makan bersama, tapi tidak kuundang kawan yang lain.
Nanti dimalam esok. Akan kugemgam erat tangan mu dan akan aku nyatakan betapa..

"AKU MENCINTAI DIRIMU"

sudikah kau terima diri ini sayangku?

Wednesday, November 5, 2008

kapchai buruk pon nak curi ke????

Hari-hari aku berlalu seperti biasa..
hari ni aku terjaga dari tidur yg x brape lena(celaka pnyer nyamuk) awal sedikit daripada biasa kul 12...secara otomatik nye perut aku pon lapar,mahukan nasi katanye...hurmmm..susah betol nk bela perot ni,bgn2 je nak nasi..haish.....lantas ku segerakan langkah aku untuk mandi,gosok gigi,pakai baju,pakai deodorant skit and so on....Semasa je aku berjalan ke arah garaj motosikal,tibe2 hati aku berdebar..hati ku berdegup kencang..benarkah apa yg aku lihat ini???aku x percaya??dalam bnyk motor,nape motor aku x de???mana MOTOR AKU!!!!!!gler ah x kan motor kapchai burok pon nak curi??!!!
ARGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHH..........

mari kita imbas kembali.........


malam sebelom kejadian,tergerak hati aku nak pegi cc,cuba mendapatkan manfaat sistem informasi,sambil membazirkan masa..(biasa intenet pinjam ngan el-jober je)..cc dgn rumah aku x jauh sgt,kalu jalan 2 minit da smpai..tapi ntah kenapa mlm tu aku malas gler nak jalan,aku membuat keputusan yg drastik utk tunggang motor je kesana,sambil menikmati kedinginan angin malam konon....da sampai cc aku parking elok r motor aku,kunci handle je,motor kapchai sape nk curi..apa lagi,satu jam aku menghabiskan masa dan duit aku kat cc tue..ha,entri hobi aku sewaktu aku kecil aku tulis semalam la..dah agak2 x de keje sgt dah mlam tue..aku bwat keputusan yg drastik skali lagi untuk pulang ke rumah dan tido...
aku : pc no.8 braper bang??
abang cc: Rm 3 je dik..
aku :olait,masih bang...

sambil kepala aku sedang asyik mengelamun,aku berjalan pulang kerumah,mata da ngantok x sabar rasenye nak tido..time2 camni la perasaan rindu kat katil aku memuncak-muncak...
macam biasa,smpai umah aku buang sisa2 toksin dlm badan jap pastu trus tido.....

p/s:jumpa x perbezaan dlm cter ni???

hobi ak sewaktu kecil...

mencari harta karun............

Tuesday, November 4, 2008

Rakyat Malaysia digalakan naik pengangkutan awam






Seingat aku, pada waktu kerajaan kecoh nak naikan harga minyak..pihak kerajan juga ada menyarankan Rakyatnye utk menaiki pengangkutan awam..kate mereka boleh jimat,x terperangkap dgn jam,rakyat x sepatutnye bergantung harap kepada subsidi sahaja..itu kata mereka..Bagoslah,sebab kat negara2 maju yang lain.pengangkutan awam la kenderaan utama mereka,lebih jimat,efisen,menyenangkan,mesra and so on..Aku harap sejajar denagan saranan ini,kerajaan akan lebih memberi tumpuan untuk memantapkan pengangkutan awam kita,biar satu hari nanti akan jadi kenderaan utama rakyat Malaysia macam negara2 maju yg lain.....Aku SOKONG!.....
Tapi....
baru semalam aku tgk warta berita,Kerajaan sekarang dalam proses menilai harga baru tambang pengangkutan awam,kata mereka tambang pengangkutan awam akan dinaikan lagi(walaupun mnyk sudah turun), bagi menampung pelbagai bagai kos selenggaraan...
jadi rakyat Malaysia SANGAt2 digalakkan naik pengangkutan awam!menguntungkan mereka!!
naiklah!ak SOKONG SGT!


p/s:bila agaknya aku boleh naek rapidKL??asyik naik motor je...

yang penting ikhlas....

Tarikh:Aku lupa
Pada hari tersebut aku ada seekor test yg perlu dihadapi,seperti biasa Pn.Kd mengarahkan kami keluar kelas,bwat bodoh!!(tue ak sorang je)..sedang enak Pn.Kd menyusun kedudukan kami(supaya kami lebih bermaruah),aku seperti biasa,seorang studen yg observen,aku perhatikan semua rakan2 sekelas aku masih lagi terkial-terkial membelek nota-nota,buku teks,catatan kaki,toyol dan so on sambil tggu giliran mask ke dalam(dah nak masuk dewan dah oi!!!)..
Tapi,macam biasa aku dan seorang kawan aku, Farud yg paling relaks,bertenang,clearkan minda,maklumlah org dah ready,bwat apa nak baca2 lagi??(sbenarnye mmg dah giv up)..
Sambil aku enak mengelamun jauh pasal part,tiba2 terngiang2 suara Farud memulkan
perbualan..........

Farud: Weyh, macammane ni??aku x baca apapon..kau ada toyol x???
Adam: Aku???aku mengharapkan kau nih??x kan xde toyol kot???
Farud:Mana ada,aku x sempat nak menurun smalam ..dah la x baca pape..
aku bukan x nak baca,tapi......
Adam:Gapo??
Farud:Aku dah baca.aku dah cuba sedaya upaya..tapi susah nak masuk dalam kepala
otak aku ni..macam mane ha??

serentak dengan itu,aku menarik nafas aku dalam2,lalu aku menghebuskan nafas plahan2...
dengan lagak bagai seorg pakar motivasi aku memulakan monolog aku....

Farud,kamu ni bermasalah,aku dah lama perhatikan kau,dari dulu lagi,kau asyik luahkan perasaan kat aku kan,kau kata kau blaja,tapi x penah2 masuk apatah lagi melekat dalam kepala kau,memang mustahil lah...akibatnya,pelajaran kau merosot..sape susah??
Farud,dengar sini...bkan otak kamu yg bermasalah..setiapa insan dilahirkan di bumi ini dikurniakan degn satu tubuh badan yg sihat dan juga akal fikiran yg waras..senang cite kau x bodoh la..yang sebenarnye Hati kau tue yg bermasalah(selain masalah rokok)..kau belajar memanglah rajin,tapi tengoklah,kau blajar x IKHLAS,kau belajar semata2 utk jawab test,kau belajar semata2 nak jwb exam...x elok macam tue..kita kalau nak belajar,yang penting kita kena ikhlas..betul,Hati tue kena ikhlas,belajar bukan tujuan utk masuk test je....kte belajar ni kerana ilmu,kita belajar kerana kita dahagakan ilmu tue,ilmu yang kita belajar tue bkan semata2 untuk diluahkan dalm peperiksaan je,ilmu tu jugak lah yang akan membimbing kita di kemudian hari(cheewaaaahhh)..Ingat farud,belajar ikhlas,barulah benda tue boleh lekat dalam hati dan minda kita..jangan jadi macam diaorg nih,msa nak masuk exam baru terngadah-ngadah nak tgk nota,nak hafal tue,nak hafal ni,selit nota tu,selit nota ni(x bermaruah),dieorg blaja semata nak masuk exam,lepas tue semua ilmu yg dierg dapt diorg lupa!!X IKHLAS tue!!nak blaja ke apa???baek x payah masuk u kalau statkat blaja camtue!!x hormat ilmu!!...
dengar ye farud....IKHLAS!!insyallah kalau kamu ikhlas blajar,nescaya ilmu tue x akan tinggalkan kita........(nilah monolog paling pangjang dlm idup aku)

Farud:ye.......aku insaf
Adam:igt IKHLAS!!

p/s:aku fail test aritu sebab x ikhlas....