Tuesday, January 19, 2010

romance intoxicated

mabuk

mabuk

mabuk

tuak kau bagi buat aku mabuk

aku suka

mabuk

mabuk

mabuk

kau buat aku hilang pertimbangan

namun aku suka

mabuk

mabuk

mabuk

mata mata memandang

aku tak peduli

mabuk

mabuk

mabuk

kau dan aku
ayuh!

Tuesday, January 12, 2010

Buatan Malaysia

pukul 1.30 petang tadi
berhadapan dengan restoran Ani Sup Utara cawangan Puchong Indah
seorang lelaki India,kurus,berkumis dan berambut panjang
berjalan ke arah satu pondok telefon menghampiri klien
berbincang sedikit sebanyak dengan klien
tiba-tiba klien lari,sup sup hilangkan diri..
ahhhh lelaki india tergamam
tanpa disedari,dua lelaki melayu bertubuh sasa
menghampiri lelaki tersebut dari belakang
lelaki india itu terkejut,dengan tiba-tiba tangan dia ditangkap
lelaki india cuba tersenyum dan berlagak tenang
dengan kudrat terakhir cuba menyeluk saku depan seluar jeans lusuhnya
mengeluarkan sesuatu dari saku,namun usaha itu tidak berhasil
dua orang lelaki sasa tadi lebih pantas bertindak menggari lelaki india
dan merampas satu paket kecil berisi serbuk putih dari saku seluar lelaki india
satu air muka yang susah hendak aku gambarkan ditunjukkan oleh lelaki india itu
seperti sesalan,seperti sedih,seperti marah,seperti geram,seperti takut
tapi aku tak pasti apa...
lelaki india itu dibawa masuk kedalam kereta proton berwarna hitam dan dibawa pergi
ke tali gantung buatan sendiri......



p/s:Maaf, tiada kesan kesan atau efek efek khas yang dimasuk kan kedalam cerita
kerana ini adalah filem realiti sebenar yang berlaku di depan mata aku

Sunday, January 10, 2010

kau babi!

virus virus itu
sudah lama menjalar di udara
terbang merayap cari mangsa
perlahan lahan aku diserang oleh virus
menceroboh kedalam wilayah aku
menerobos setiap sel sel halus aku
melawan dan tewas tak berbalas imun aku
slowly mellowly aku dikoloni
menjadi zombi...

Sunday, January 3, 2010

Sudut Paralel

Max: Fuh, hebat kan show ACAB tadi??tak cukup nafas gua menari tadi..giler ah

Anas: Haah, boleh tahan la,dia punya persembahan memang bertenaga ar bro..best

Max: Lu memang layan eh muzik-muzik skinhead ni??tapi gua tengok lu dressing biasa je??

Anas:Gua universal bro, yang mana muzik itu indah dan ada seni bagi gua, gua akan layan..tapi yang seni jela
setakat AF memang gua tak layan la...hahaha

Max:hahaha...

Anas:Tapi gua tengok lu punya dressing memang berani ar!respect ar lu.
Dari bawah gua tengok boots lu sampai cecah paras lutut,kaler merah plak tu
seluar levis 501 skinny,biru muda stone wash plak tu, mmg brutal ah
fuh tengok pakai kemeja kotak Ben Sherman siap ngan suspenders merah..memang pure ar lu
dan yang paling best,kat atas tetap botak bro..kalau ada rambut tak skinhead la kan??kan??

Max:Hahahaha.btol btol,kalau nak jadi skinhead ni,yang pertama mesti kena ada knowledge dia bro
jangan main ikot je,nanti jadi poser je.Kalau lu nak tau, skinhead ni ada prinsip dia sendiri,ada pegangan dia
sendiri mana boleh main hentam je nak ikot! contoh la kan kaler boots atau suspender juga ada maksud dia
tersendiri dan maksud ini hanyalah boleh difahami oleh budak-budak skinhead je...lagi satu rambut pendek ni pun
bukan kiteorang suke-suke potong!ni nak tunjuk racist kiteorang terhadap golongan atasan dan juga nanti bila
bile nak gaduh senang sikit,tak lah menyusahkan macam rambut panjang!hahahaha

Anas:hahahaha..ye ye,gua pun tau serba sedikit pasal skinhead ni, tapi kan kalau tengok budak-budak sekarang
main hentam je kan???asal nampak ganas je nak tiru,nampak ganas je nak tiru..

Max:hah!itulah poser bro!gua cukup menyampah btol ngan budak-budak ni,mencemarkan imej gua pure skinhead!

Anas:hahahaha.rileks bro..nanti ada masa lu ajar la dierang..

Max:Memang nak kena ajar!

Anas:hahahaha..lu hari-hari biasa buat apa??kerje eh??

Max:Uissshhh..gua muda lagi nak keje ni bro..sekarang gua amek degree kat UiTM

3 orang budak skinhead lalu, ternampak Max lalu bersalaman dan blah

Anas:Lu belajar lagi la ni???

Max:Ha ah

Anas:Perghh tak sangka lu dressing camni tapi educatged jugak eh??

Max:Hah tulah bang,jangan tengok luar je,papehal ilmu kena ada!

Anas:Lu amek kos apa??

Max:Office management bro..haha

Anas:huh???

Max:hebat tak gua,amek degree bro..haha

Anas:ok ok,abes tu bile lu pegi kelas camne???bukan UiTM kena pakai kemeja formal ke??

Max:Mana ada, hari Isnin je kena pakai kemeja..takde masalah bagi gua
hari Isnin gua pakai la kemeja Ben Sherman atau Fred Perry,hah!

Anas:seluar??Levis ketat??

Max:Huishhh!!lu ni bro, tak kan gua nak pakai seluar tu kot..nanti kena saman camne??ganas sangat tu bro
gua pakai seluar slack licin la, tapi jenama Ben Sherman la, gua order dari UK lagi bro..hahha

Anas:owhh...kasut??

Max:gua pakai Fred Perry!!!sneakers jelah..tak kan nak pakai boots yang tinggi ni kot
nampak sangat la rebel gua!nanti tak pasal-pasal lecturer cop gua budak skinhead!adoi

Anas:owh camtu eh???nape lu tak pakai je macam biasa??macam skinhead??tu bukan pegangan lu ke??

Max:errrrr......