Friday, June 19, 2009

Pak Abdullah dan rumah besarnya

Pak Abdullah,seorang lelaki lewat 40an,mempunyai 2 teman selamanya
Sang Gorgyle dan Si Taurus, ini teman yang amat istimewa,
dek hujan,dek panas sekalipun tak pernah tinggal Pak Abdullah sorang-sorang
SETIA!!namun teman ini hanyalah istimewa buat Pak Abdullah,orang lain tak ada
teman macam ini.

Pak Abdullah tinggal di sebuah rumah yang sangat besar!
Rumah Pak Abudullah juga sangat istimewa,rumah dengan
reka bentuk ruang tamu sahaja dan terbuka tiada pintu,tiada
tingkap,tiada dinding,BEBAS!Di ceruk ruang tamu ada bilik
Pak Abdullah,dipisahkan dari ruang tamu dengan dinding cap kotak
SuperRings,berbumbung cap kotak Breeze dan berpermaidani cap kotak
Nestle,bilik nye ringkas dan kecil,cukup-cukup untuk Pak Abdullah sorang
Di ruang bilik itu lah Pak Abdullah menghabiskan masa dengan 2 teman selamanya
Sang Gorgyle dan Si Taurus,mereka berbual,minum,mabuk,bertelingkah,
bergurau,main dam,bergosip,mengumpat,menari,terbang,berpusing
semuanya dilakukan bersama...
Pak Abdullah bahagia bersama mereka dah berharap kebahagian ini akn
kekal..

namun suatu hari
datang Encik Dibikeyell Celaka
"Awak ditegah sama sekali untuk membuat rumah di kawasan ini,
ini tempat awam!!shoooh shoooohh"

Pak Abdullah
"Hai Sang Gorgyle,Si Taurus....berpindah lagi kita nampaknya
kau nak rumah macam mana plak kali ini???"

Thursday, June 18, 2009

KEMPEN PROMOSI




Paradoks muncul lagi dengan sebuah projek yang terbaru
setelah berpanas dan berlemas dengan jelaga pelita Hurricane
di majlis Malam yang lepas,kami ingin meluahkan kepada
rakan rakan semua satu lagi majlis yang menonjolkan
unsur unsur seni seperti puisi,musik,monodrama,penglipur lara
dan pelbagai unsur seni lagi....
Majlis yang diberi nama Mimpi sebagai kesinambungan Malam(bertema Dunia Gelap),
Rakan rakan sekali lagi dijemput untuk bersama berjelaga dalam
asap pelita Hurricane dan meluahkan nilai seni dalam kehidupan kita
Apalah majlis ini,hanya dianjurkan oleh sekumpulan
Pakatan Radikal Orang Kepala Seni,sebuah kumpulan
kecil yang sememangya tidak mempunyai harta menggunung
tapi mempunya hati,angan dan cita yang sebesar Godzilla
dalam meluahkan seni,jika anda tidak kisah untuk bersama
silalah datang,walaupun tidak pasti keindahan nya namun
yang pasti kami akan menjamu anda dengan makanan yang
indah.Jemput Hadir

P/s:digalakan juga bagi mereka yang ingin meluahkan seni mereka pada majlis ini
sila sms nama dan jenis persembahan kepada nombor yang tertera di dalm poster tersebut

Wednesday, June 17, 2009

rambut hitam

"Justeru rambut kita itu asli nya putih,selama ini terus macam dicat hitam,
lama-lama si ia akan memudar,kembali ia jadik putih"

Akibat tertekan dengan kawan-kawan yang sudah menonton cerita
Laskar Pelangi,aku baru berkesempatan untuk menikmati keindahan
filem itu tadi. Petikan di atas merupakn ayat yang paling aku gemar
ayat itu dilafazkan oleh Lintang, anak pesisir,seorang anak muda yang
cerdas dan pintar.
Ya!ada benar katanya,hidup ini diselindung dengan pelbagai nafsu,kemewahan,nikmat,kesusahan,kuasa,
pakaian,kepopularitian,kemasyuran,dan pelbagai perkara lagi. Namun,pada akhirnya semua itu tidak penting
kerana akhirnya kita akan kembali kepada akar usul kita juga..jadi pentinglah untuk kita mengingati asal usul
kita dan jangan lalai dengan benda itu semua..
Itu hanyalah kupasan daripada kepala hotak aku yang tidak berapa bernas ini
aku pun masih lagi bingung memikirkan kata-kata ini..

P/s:sesal aku terlambat mengetahui kewujudan filem yang begitu indah ini

Sunday, June 14, 2009

jerebu sang kota





dengan sedikit duit lebih yang aku ada
itu hari aku beli lomography camera
yang sudah lama aku idam idam kan
ini antara hasil eksperimen pertama ku
menggunakan colorsplash aku..
layan...........







Friday, June 12, 2009

apabila masa itu semakin hampir

hari ini aku jumpa kau seperti selalunya
tapi,
kenapa wajah mu tidak seperti selalunya hari ini??
kenapa wahai sahabatku wajahmu tak seceria selalunya??
wajah mu pucat,berwarna oren pudar??
selalunya wajah mu kuning menyerlah!
ah wajahmu juga terdapat tompok tompok hitam
wahai sahabat ku,kenapa kau??
kau jatuh sakit kah??
kau demam kah??kau selsema kah??
apa sakit kau??mungkin aku boleh tolong
wahai sahabatku.....
atau
mungkin aku yang sakit sebenarnya???
mata aku yang sakit kah??
iya!
bukan kau,tapi aku yang sakit...
kau seperti selalunya
sihat dan segar seperti selalunya
aku yang telah jatuh sakit
pandangan ku sudah kabur sehingga aku tidak mampu untuk
melihat wajahmu yang menceriakan dan menyegarkan itu
toksik toksik dalam badan ku semakin banyak
kadang-kadang badan ku bertindak di luar kawalan ku
wahai sahabatku
sekarang aku sentiasa dalam kepanasan
badan aku seperti ruang microwave
terdapat pancaran-pancaran infrared yang terperangkap didalam
badan aku dan memantul-mantul
lalu menghasilkan haba yang terlampau dan terperangkap di dalam
tubuh ku ini...PANAS!!!
aku sedang sakit wahai sahabatku.....
pandangan aku semakin kabur dan hampir tidak dapat melihat
seperti ada kabus-kabus tebal yang menutupi pandangan ku
cecair di badan aku juga sudah mula keluar
diluar kawalan aku..melimpah-limpah..
badan aku sakit tenat
wahia sahabatku..
apa mungkinkah sakit aku ini diubati??
adakah penawarnya??
atau aku hanya mampu menyerah kalah dan pasrah??
tolong aku wahai sahabat...
aku tak mampu lagi..

never ending story gua episod 6

sila dapati siri terdahulu daripada mereka ini
edisi terhad!
1.budaksetan
2.budak "e"
3.budak aloy
4.budak paiseh
5.budak zul

ini episod 6 nya

aku terkesima
kepala man babi
tapi badan macam burung inderawasih
indah turun dari kayangan..

"kau man babi???kau pakai mandrem apa??aku tak percaya!!"

"huahahahahahahaha!!akulah man babi!tuk bomoh terkenal seantero nusantara"
"kamu telah ditipu oleh aku wahai manusia!!"

ishhhh bodoh punya man babi,muka buruk,tapi badan cantik gile
"kau tipu apa??kau ingat aku takut??"

"hohohohohoho kau tak takut ye,sebenarnya mandrem tadi bukan buat kau jadi burung
tapi........"

"tapi apa bangsat???"

"kau akan jadi sebuah kapal terbang firefly!!!huahahahahahaha"

"erkkkk????"

tiba-tiba badan aku mengalami renovasi..
pelepah semua tertanngal dan digantikan dengan fiberglas
badan aku memanjand dan membesar,menjadi bentuk silinder berkaler putih
aku panik aku panik
perlahan-lahan muka aku menjadi kepala kapal terbang
disertakan bonus
terdapat penumpang dan pemandu di dalm badan aku!!!!
ahahahahahahahaha
apa sudah jadi dengan aku?????
celaka punya man babi!

sambungan kepada akak ini ye: patungcendana

Saturday, June 6, 2009

ikan Buntal buncit...

semalam perut aku buncit..


macam ikan buntal (tapi tanpa durinya)..



sekarang perut aku dah kempis..



macam tayar motor tercucuk paku yang besar..


alahai Sang Kota

Wednesday, June 3, 2009

Rumah Hantu

Seksyen 13 Shah Alam,ada satu rumah banglo besar usang seperti ditinggalkan..
rumput-rumput tumbuh meliar menutupi rumah tersebut..
semak-semak menutupi laman rumah itu,seperti sebuah rumah usang lama
di dalam hutan nusantara..kabus tebal menambah kan seram rumah itu..
(nak lagi jelas tgk cerita hantu nusantara,lebih kurang lah rumah tu)
orang kampung(kadang-kadang orang bukan kampung) sering bercerita
mengenai rumah itu,mereka sering melihat kelibat seorang wanita yang
berpakain serba putih mundar mandir di kawasan rumah itu..
apabila ada je orang melalui rumah itu,mereka akan sering diganngu dengan
pelbagai gangguan..ada yang terdengar suara perempuan menjerit...
ada yang terdengar suara bayi menangis...ada yang terdengar bunyi rantai besi diseret..
sreeet...sreeeeettt.....sreeeeetttt.....
SERAM!


beberapa tahun yang lalu....

Aziz seorang buruh binaan

Aziz: Nazrin,kau ada dengar tak,kita mungkin diberhentikan kerja...

Nazrin: hah??nape plak???

Aziz:Yelah,dengar kata tuan rumah ni jatuh bankkrap,dia dah takde duit nak bayar majikan kita lagi,
jadi projek ni tergendala la..aku rasa mungkin stop terus kot...

Nazrin:ishhhhh!!bodoh betul lah..dah tau nak bankrap tak payah la ngade-ngade nak buat rumah besar-besar!!
skarang dah menyusahkan kita...

Aziz:bodoh!manalah dia taw dia nak bankrap time dia nak buat rumah ni...

Nazrin:Abes tu rumah ni tinggal camtu la??lagi sikit je nak siap...

Aziz:hurmmmmm...abes tu nak bwat camne..

Nazrin:aku ada satu idea...hahahahaha

Aziz:pasal kau gelak??bongok....

Nazrin:idea aku ni kelakar,aku rasa kau kena ikut aku kali ni..

Aziz:idea apa???

Nazrin:esok kita pegi beli baja rumput liar,pastu kita tabur kat halaman rumah ni...

Aziz:hah??apsal pulak??

Nazrin:Kita tabur,pastu lagi setahun mesti rumput ni dah tumbuh liar sekeliling rumah ni,mesti macam hutan
pastu,kau dan aku sebarkan cerita yang bukan-bukan pasal rumah ni..
mula-mula kau cerita kat orang kampung,pastu kat budak-budak,kau post kat blog ke..
pasni rumah ni mesti femes beb!!

Aziz:hahahahahahahahahahahahaha..aku dah dapat dah idea kau ni,aku setuju!!

Nazrin:bagus!!hahahahaha

p/s:sampai hari ni Aziz dan Nazrin ketawa terbahak-bahak,puas dengan hasil kerja mereka...