
Paradoks muncul lagi dengan sebuah projek yang terbaru
setelah berpanas dan berlemas dengan jelaga pelita Hurricane
di majlis Malam yang lepas,kami ingin meluahkan kepada
rakan rakan semua satu lagi majlis yang menonjolkan
unsur unsur seni seperti puisi,musik,monodrama,penglipur lara
dan pelbagai unsur seni lagi....
Majlis yang diberi nama Mimpi sebagai kesinambungan Malam(bertema Dunia Gelap),
Rakan rakan sekali lagi dijemput untuk bersama berjelaga dalam
asap pelita Hurricane dan meluahkan nilai seni dalam kehidupan kita
Apalah majlis ini,hanya dianjurkan oleh sekumpulan
Pakatan Radikal Orang Kepala Seni,sebuah kumpulan
kecil yang sememangya tidak mempunyai harta menggunung
tapi mempunya hati,angan dan cita yang sebesar Godzilla
dalam meluahkan seni,jika anda tidak kisah untuk bersama
silalah datang,walaupun tidak pasti keindahan nya namun
yang pasti kami akan menjamu anda dengan makanan yang
indah.Jemput Hadir
P/s:digalakan juga bagi mereka yang ingin meluahkan seni mereka pada majlis ini
sila sms nama dan jenis persembahan kepada nombor yang tertera di dalm poster tersebut








