Sunday, May 3, 2009

lencongan jalan

"ktuk ktak ktuk ktak ktuk ktak"
rancak orang buta itu menghentak2 tongkat nye ke atas jalan,
bunyi dari tongkat itu dijadikan panduan untuk dia berjalan
di tengah-tengah lautan manusia yang tak pernah ambil peduli
tentang golongan meraka yang istimewa ini....
mereka lebih senang untuk sekadar melihat dan mentertawakan kekurangan mereka..

tiba di satu simpang,si buta berhenti,mendengar dengan teliti,cuba menganalisa
keadaan lalulintas,mengenalpasti saat yang sesuai untuk dia melintasi jalan yang
telah dikuasa penuh oleh mereka yang berkereta besar dan laju..
jka dia tak buta nescaya dia tak perlu untuk berhenti dan menganalisa dengan
begitu tekun,kalau dia tak buta dah lama dia tak berjalan,
dah lama dia mempunyai kereta besar yang laju,tak perlu susah-susah tunggu untuk melintas..
ah,sudah ditakdirkan dia begitu,dia terima apa yang berlaku kepadanya,dan bersyukur kerana masih
bernafas dan sangat bertuah kerana tidak perlu melihat dan menjadi saksi
kejatuhan dan kekotoran manusia-manusia yang angkuh ini...

alangkah senang sedikit bagi dia jikalau tika dan saat itu terdapat seorang manusia yang berhati mulia
dan ikhlas untuk menolongya menyeberangi jalan yang sibuk itu...
si buta tahu,dia harus belajar hidup sendirian,nak harapkan golongan manusia sebegitu mungkin susah
kerana semakin hari semakin pupus...
lama juga si buta menungu ruang dan peluang untuk menyeberangi jalan,
tanpa disangka,tangan si buta dicapai oleh satu tangan yang dingin dan sejuk..
tangan itu memimpin tangan si buta,menyeberangi jalan,
ah sungguh bertuah si buta hari ini,terdapat seorang manusia yang masih
lagi mempunyai hati budi dan baik untuk menolong orang macam dia ni..
senang hati si buta apabila dapat menyeberangi jalan itu,dapat lah dia mengejar masa yang sudah banyak terbuang...

namun si buta hairan,jalan sudah diseberang,tapi tangan nye belum dilepaskan..
manusia itu masih lagi memimpin tangan si buta,masih lagi membawa si buta itu..
ke mana manusia ini mahu membawa si buta???
ah,mungkin ingin di bawa si buta ini jauh sedikit dari jalan yang bahaya itu,
ingin pastikan si buta ini betul-betul selamat..
sungguh berhati mulia manusia ini...
selang beberapa bangunan pencakar langit,tangan si buta masih belum dilepaskan..
si buta masih lagi dipimpin dan di bawa oleh manusia ini...
si buta bertambah hairan,bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiran si buta..
diajukan soalan kepada si manusia,
tapi hampa tidak berbalas..
semakin lama,langkah si manusia semakin laju dan rancak,
si buta terpaksa ikut saja,dia tak mampu untuk melawan,
sebab kekurangan yang ada pada dia,si buta tak mampu untuk berbuat apa-apa
semakin lama semakin kurang bunyi manusia,semakin sunyi,si buta dapat merasakan
dia berada di satu tempat yang sunyi dan tiada manusia..
si buta sudah gelisah,apa yang manusia yang 'baik hati' ini mahukan dari dia yang
penuh dengan kekurangan dan kecacatan ini???

sampai di satu tempat yang betul-betul sunyi,si manusia akhirnya berhenti...
si buta menghembuskan nafas lega,akhirnya berhenti jua...
di ajukan sekali lagi soalan kepada si manusia,
ingin bertanya di mana dia...

ZZZZUUUUUUUUUUPPPPP!!!!!!!!!

si buta merasakan satu kesakitan yang amat sakit di bahagian perut...
kesakitan umpama di tikam dengan pisau yang tajam
akibat kesakitan yang melampau itu si buta menjerit sekuat-kuat nye...

ZZZZUUUUUUUUUUPPPP!!!!!!!!!

satu lagi kesakitan dirasakan oleh si buta itu...
menjerit sepuas-puasnye si buta itu,
tak tertahan dengan kesakitan itu..

zzuuuuppp!!!zzzuuuuppp!!!zzuuuppp!!
3 kali lagi tikaman susulan dilempaarkan oleh manusia tadi
ke atas perut si buta......
si buta rebah ke tanah,menggelupur,
meminta belas kasihan...
namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa...
si buta tidak bermaya..
hanya mampu menunggu saat malaikat maut datang
menyumpurnakan tugas nya..



**********************************************


Di satu gudang yang hanyir dan busuk,terdampar mayat seorang lelaki,
terdapt dua orang manusia yang memakai apron,
terdapat sebilah pisau tajam,parang dan kapak tersusun rapi
di sisi setiap manusia itu...
menggunakan pisau tajam itu,
manusia menyiat kulit mayat lelaki itu...
setelah selesai disiat,
menggunakan parang yang tajam
daging mayat lelaki yang siap disiat tadi
di lapah-lapah dan diceraikan daging dari tulang nye...
setelah dilapah,menggunakn pisau kecil yang tajam
daging itu dicincang-cincang menjadi ketulan
daging yang kecil...
tulang rusuk dan tulang belakang di takuk dengan kapak dan
menjadi cebisan yang kecil..
hati,limpa,jantung,hati mayat tadi di asingkan
dan dimasukan kedalam satu kotak hitam
kemudian daging-daging serta tulang yang siap dicincang
dimasuk kan didalam
satu kotak hitam yang lain dan di tutup rapi dan kemas.....


tamat kisah seorang buta


p/s:adakah ini hanyalah imaginasi aku atau kejadian ini benar-benar terjadi??
mungkin pada masyarakat kita??mungkin pada masyarakat lain???

15 comments:

a.b geldofg said...

kalau yg buta itu menteri
tentu brebut2lah org ramai hendak mmimpin sibuta tadi

tapi syg si buta hanya hamba rkyat yg merata2
menteri si buta yg buta

abrodam said...

aku gembira bila ada orang yang faham
apa yang aku hendak luahkan dalam entri aku..

hamba rakyat tetap hamba rakyat...

Aloy Paradoks said...

"ktuk ktak ktuk ktak ktuk ktak"
aku ingat bunyi beduk mahal tadi.

ko marah sgt ke dengan org bute tu? die tipu je tu ab...

die dah dimalukan sebenarnya oleh org buta.

patungcendana said...

collateral damage ke orang buta tu...

kalau guna jejantas kan selamat...ahahahahaha

hanya orang buta yang mampu tolong orang buta...hehe

abrodam said...

aloy~bunyi tongkat orang buta ni lagi sedap dari
beduk mahal tu......

patung~kalau ada jejantas,mesti orang buta dah
guna jejantas tu,kalau orang buta tu guna
jejantas,mesti orang buta tu tak collateral
damage,kalau orang buta tak mati,
mesti dia sempat jumpa awek dia aritu..
:-)
selamat pagi patung
hanya si buta mampu menolong si buta
hehe

patungcendana said...

awek dia buta gak ke?...:-D

abrodam said...

patung~awek dia pekak dan bisu...
:-)

bias® said...

kau banyak sangat pikir nie...pegi tengok tibi lah!

abrodam said...

shitagi~tibi banyak drama indon je,bosan aku,lagipun juka tu asyik block view tibi je,apa pun tak nampak

patungcendana said...

:-D

pinkiss said...

sian kalau orang tu buta.

abrodam said...

patung~:-)

pinkiss~lagi kesian kalau orang itu celik tapi buta

patungcendana said...

hehehe...

kau tak stress lan? :-)

patungcendana said...

re:...stress

stress tu sejenis buah...rupa macam buah delima, tapi rasa dia sangat masam...kalau makan sure sakit kerongkong...ahaha...:-)

Anonymous said...

bedukmahal.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading bedukmahal.blogspot.com every day.
toronto payday loan
payday loan