Monday, July 20, 2009

berghairah dalam MIMPI

Itu malam,terima kasih pada geng2 Paradoks yang telah menjayakan misi MIMPI

itu malam,terima kasih pada hadirin hadirat yang sudi mengorbankan sedikit masa mereka untuk datang
ke majlis MIMPI dan bersila bersama kami dalam gelap malam

itu malam,terima kasih jugak bloger-bloger yang datang dari jauh..maya bertukar realiti
(ensem jugak abang bias ni)

itu malam,tenkiu beri much performer-performer yang membuat persembahan
(korang semua memang sporting dan penyabar!,gua respek!)

itu malam,terima kasih kepada mereka mereka yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang dalam MIMPI
(Cik Satiya,Galeri Shah Alam)

itu malam,mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak kami,sesunguhnya memang banyak kekurangan dan kesilapan,disebalik nya,kami dapat belajar melalui itu,dan MIMPI seterusnya kita akan berghairah dengan lebih stylo!

lain malam,kita berjumpa lagi di majlis seterusnya!!!
(tak tau bila)

Friday, July 17, 2009

sedia???

Aku perlu bersedia!!

aku perlu bersedia...

AKU PERLU BERSEDIA!!!!

Event MIMPI beberapa jam saja lagi hampir dengan aku
dan masih lagi belum bersedia
hari ini aku akan serius dan gigih berlatih
sampai waktu dan ketika nanti aku tak mengecewakan
mereka semua yang sanggup korban kisah hidup mereka yang lain
untuk bersama ghairah dalam MIMPI

ayuh kita semua bersedia lena berghairah di MIMPI!!


AKU PERLU BERSEDIA!!!

Tuesday, July 14, 2009

kat mana mana pun ada

pergi setesen minyak

"MOTOSIKAL SAHAJA"

pergi cari kerja

"VACANCY!"
(female,chinese,speak english only)

nak masuk kelab malam

"LADIES NITE ONLY"

nak parking keta

"VIP ONLY"

nak masuk tonton teater

"KERUSI DIKOSONGKAN UNTUK JEMPUTAN"

nak mintak tender koperasi

"KRONI SAHAJA'



setiap manusia itu berhak untuk dilayan secara sama dan adil
apa yang membezakan manusia itu adalah iman nya...

Thursday, July 9, 2009

malaysia semakin canggih

masukkan syiling utk servis ini....

masuk 20 sen
20 sen lagi
masuk 10 sen

wahhhhhh dah boleh bukak blog!!!
canggihnye malaysia

p\s: kat kl sentral,x sangka mesin bodoh camni pun bleh update blog!

Tuesday, July 7, 2009

suam suam puncak alam

hari itu Ramli dan Salmah
menuntun wayang di odeon
filem Jangan Pandang Belakang Congkak
Ramli seperti biasa ambik tiket untuk tempat duduk
di belakang sekali,barulah ada 'privacy' sikit..

selepas setengah jam cerita bermain

Ramli:Salmah,awak ada bawak sweater tak??kita sejuk la,ekon dia ni
kuat sangat...brrrrrr

Salmah:takde la awak,sweater saya t'tinggal dalam keta tadi..
shhhhh shhhhh, part best ni! (kusyuk tengok jangan pandang belakang congkak?)

Ramli:Huh,dapat tengok cerita ni pun dah taknak peduli kita ye...

Salmah:alah,awak ni diam lah,part best ni,awak seluk je tangan awak dalam baju tu,
biar haba badan awak panaskan..

Ramli:yelah2 (menyeluk tangan dalam baju)
................ huh tak panas pun
haaaa ada tempat lagi panas
(menyeluk tangan dalam seluar).....hurmmmmm selesanya...suam suam

45 minit selepas cerita bermain

Salmah: Awak,kita sejuk lah..betulah awak cakap,ekon ni sejuk sgt

Ramli: sejuk ye??alalala sian nye dia...meh tangan awak
(genggam tangan Salmah sambil gosok gosok,nk bagi panas)

Salmah:ermmmmm selesanya..suam suam rasa..

Ramli :hehehehe......


p/s:aku buat entri ni kat Puncak Alam,tak sangka dalam gunung ni pun ada
tenet!!hahahaha

Friday, July 3, 2009

perang (cerita 80% benar)

BLOK A Aspura
Ameerul bergegas ke Dorm A3-2
di dalam dorm A3-2,Azim,Sele,Kuyen sedang
ligat bermain daun terup bertaruh kan seposen sorang
"Weh, Pok Ta dan budak2 blok B ajak gaduh,Pok Ta tengah kumpul orang ni,
aku pun kumpul orang budak2 blok A,kalau rasa korang ada pelir cepat ikut aku!
amek senjata masing-masing!"

Azim dan Sele bingkas bangun dari port judi diarg dan mencapai senjata masing2
Kuyen mengambil kesempatan,mengaut semua duit taruhan sebelum mencapai senjata dia
lalu askar Ameerul bergerak ke Dorm-dorm laen mengumpul bala tentera nya

BLOK B Aspura
Pok Ta kelihatan teruja dan bersemangat
memekik sekuat-kuatnye
"Shirun!,Butir!,Piji!,Jepun!"
"cepat keluar!!!aku nak berperang dengan budak budak blok A ni"
sambil mengetuk ngetuk pintu setiap dorm di blok A,dan memanggil nama
askar-askar dia
pantas askar-askar dia keluar dengan senjata masing-masing
bersedia untuk berperang habis-habisan
budak-budak junior hanya mampu melihat ketakutan
dan menyorok di dalam lokar masing-masing
yang pasti sesuatu yang buruk akan berlaku malam ini

Di blok A, Ameerul dan askar-askar dia kecoh,bising,bingit sambil mealungkan
kata-kata sumpah seranah yang kesat dan kotor kepada Blok A dan bergegas ke laluan antara blok

Blok B juga sama, Pok Ta sudah berjaya mengumpul askar-askar dia
dan membuat kecoh,bising,bingit sambil bergegas ke laluan antara blok

Laluan Antara Blok
Disinilah medan peperang di antara blok A dan blok B pada malam ini

DEbush!!BAmm!!DEbuk!!Plapap!!POw!bang!!
segala bunyi yang kecoh,bising,bingit mengantikan suasan
asrama yang hening pada malam itu!budak-budak junior ketakutan dan menyorok di
didalam bilik masing-masing
budak junior form 4,berani sikit,keluar ke koridor dan menyaksikan
peperangan yang bersejarah

**************************************************************

2 biji kereta polis di perkarangan sekolah
hari esok nya,pejabat Pengetua dilawati dengan
4 orang manusia yang berpakaian biru segak dan
perut boroi

Pagi itu di Roll Call,
Penolong Kanan bising dan kecoh
menyiasat dan menyoal,siapa yang
bergaduh dan buat kecoh di aspura semalam
jiran-jiran di sekeliling sekolah banyak membuat aduan
kepada warden,bunyi bising seperti orang berperang dari
Aspura,mereka risau dan ingin tahu siapa yang bergaduh
siapa mangsa?apa punca??ada orang mati??


Ameerul "apahal diaorg kecoh ni???semalam kita perang bantal je??bukan ada pape pun??

Pok Ta "tak tau,kecoh taqk tentu pasal,nak bergurau sikit pun tak boleh??"

askar-askar yang berperang malam itu asyik ketawa je itu hari
dan perang ini kekal misteri di kalangan guru2 dan jiran2.

dinding takde


pembetulan: bukan masuk percuma,tapi venue event tu kat pondok buruk je,jadi memang takde dinding pun.Korang tak payah masuk,
lepak isap rokok kat tepi pun dah boleh layan show ni
gua tak kisah,yang penting lu orang semua datang lepak kat sini pada 19 Julai
sama2 kita BERGHAIRAH!