Lepas habis Peperiksaan Menyiksa Rakyat (PMR),masa tu semua budak Form 3 dapat pelepasan balik ke rumah.
Kawe dan kawan-kawan semua tak balik rumah,
tapi ambil kesempatan untuk melancong dan meriliskan ketensyenan selepas kena siksa ambik peperiksaan.
Kawe dan seorang sahabat kawe,Medu namanye mengambil keputusan untuk ke Golok melancong sambil mencari CD dan buku 'best'.(biasa la nk rilis tensen). Masa tu nak ke seberang tak susah,sebab Medu punye ayah keje imegresen jaga sempadan,apalagi senang la nak seludup kawe,tak payah pakai pasport2 ni malah IC pun kawe tak bawak masa tu(IC mak kawe pegang kat rumah takut hilang kalau bawak asrama).
Semasa dalam perjalanan nak ke sana dari Pengkalan Chepa, kami terpaksa singgah di 'Bandaraya Islam Kota Bharu' untuk sesi pertukaran bas ke Tumpat. Sambil menunggu bas, Medu mengambil keputusan nak ke kedai komputer berdekatan, dia kata nak beli CD game. Bila aja nak sampai kat kedai komputer tu, aku dan Medu dah tak sedap hati sebab kat depan kedai komputer tu terdapat sebilangan remaja yang berambut tajam berjaket duri dan berkasut but (PUNK) sedang melepak depan kedai komputer (pada tahun ini remaja punk terkenal dengan sifat suka menge'pow' orang). Bila hampir dengan kedai komputer Medu tiba-tiba melajukan langkah beliau lalu masuk kedalam kedai.Cilake! punye member, laju je tinggal kawan yang dalam kesusahan. Baru sahaja aku mencapai tombol pintu kedai komputer:
Budak Punk: Oit brader!!tunggu jap!!
Kawe:(buat bodoh dan laju-laju nak masuk dalam kedai)
Budak Punk: OIiitt!!tak dengar ke aku panggil ni??!!(sambil mengangkat kaki dan menunjukan kasut but nye yang tebal kat kawe)
Kawe:(ishhh ni silap aribulan berbekas tapak Docmart kat muka aku ni...) YE bang.kenapa??
Budak Punk: Nak pegi mana laju-laju ni??lepak la dulu..
Kawe: takde,saya nak kejar kawan saya tadi,laju je dia masuk kedai ni..
Budak Punk:Owh...biarlah dia,kau lepak la dulu ngan aku..
Kawe:Ok brader...(kuncu-kuncu dia yang lain da mula nak kepung kawe)
Budak Punk:Aku nak mintak tolong sikit ni..
Kawe:ape??
Budak Punk:Aku ngan geng-geng aku nak balik rumah tapi tak cukup tambang bas ni,kau boleh bagi aku pinjam duit Rm3 tak??
Kawe:(dalam dompet ada Rm 10 je ni)Saya mana ada duit ni...
Budak Punk:kau jangan la nak tipu aku..nampak tak tapak docmart ni!nak???
Kawe:(dengan pilunye mengeluarkan rm10 dari dompet) Ni je yang ada,tak de duit kecik la..
Budak Punk:takpe-takpe,aku ada duit kecik,jap ek.(sambil mengeluarkan segumpalan duit seringgit-seringgit dari kocek
sebelah kanan beliau)
Kawe:(eh,ni dah macam proses jual beli kat kedai runcit mek jah je,siap bawak keluar duit baki lagi????)
Budak Punk:1ringgit,2ringgit,3ringgit,4ringgit,5ringgit,6ringgit...
eh ada enamringgit jelah..meh sini 10ringgit kau,nah ambik balik balance 6ringit ni,
sori la aku tak cukup seringgit nak bagi balance kau
nanti bila-bila kau jumpa aku kat sini lain kali kau mintak lah ngan aku balance yang tak cukup tu.Aku
ngan geng-geng aku dah nak gerak ni,terima kasih ek bagi 4ringgit ni,jumpa lagi.
Kawe:hah??baik betul orang yang mengepow aku nih,siap bagi balance lagi.aku igt dah lesap dah 10ringgit kawe tadi..
(kawe konpius ni pow ke proses jual beli??)
Lepas je budak-budak punk tu blah, Medu terus keluar dari kedai pastu gelak-gelak kan aku..
cilake punye member..inilah orang kata kawan ketika susah taknak tolong,tapi time senang je nak gelak-gelak sekali.
hampeh...lepas tu ada lah pulak makcik-makcik kat tepi tu tiba-tiba datang kat aku nak bagi nasihat la konon..
dia nasihat kenapa bagi duit kau budak tu??jangan la bagi...Gila kau aku tak nak bagi!!tak pasal-pasal aku kena belasah ngan budak-budak dia,macamaner aku nak pegi Golok???Time aku kena pow tadi taknak pulak dia nasihat budak yang pow aku tuh.heh.
P/S:Aku ingat kan budak-budak punk je yang suke menge'pow' rakyat jelata,rupanya bila kawe dah besar dan idup kat
kolumpo bemacam-macam jenis masyarakat lagi yang suka menge'pow' rakyat jelata...hampeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
skrg ko baru tahu sikt apa yg ada di k.l..nti bnyak lagi yg akan ko tahu
ye ab..dan sekarang aku dalam proses
mengenal hati budi kolumpo ni..hahah
lepas abes mengenal kolumpo,aku nak
merantau dan mengenal hati budi negara lain pulak...
tu la,,dulu ko duduk dalam hutan kan? spm jawab atas daun keladi...
kat umah ko ada kaki pow tak?
mmg!dulu aku duduk dalam hutan..
hutan kelapa,sampai sini hutan batu..
terkejut baboon aku!!
kat umah ak ada kaki pow
nama dia Nik Adam,suke pow adik2 dan kakak
dia..hahah
maksud aku rumah sewa....
hahahaha
rumah aku bnyk
kaki pow!!!
Post a Comment