kau hidang aku dengan bom-bom karbon mu..
kau tembak pula dengan asap-asap beracun mu...
kau tikam aku dengan senjata CFC mu..
tak cukup dengan itu,
kau kelar aku dengan gergaji bergigi tajam...
kau hancurkan zuriat aku satu persatu...
tak mengapa..
tak mengapa..
suatu hari nanti..
pasti kau semua akan mendapat balasan dari aku..
aku akan pastikan..
dunia ini akan panas sepanas panasnya..
aku tak mahu lagi melindungi kamu dari terik matahari..
tak lagi lindungi kamu daripada serangan air langit..
aku akan biarkan kamu lemas tanpa oksigen..
aku tak kejam...
kamu yang mulakan dulu...
luahan hati makhluk hijau di dunia ini yang semakin pupus hari ke hari....
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
alangkan indahnya bila biru mjadi hijau
ohhh sungguh dalam kata-kata mu
ab :)
p/s:aku x paham!!hahha
pemikiran dan halatuju yang jelas. teruskan menjadi seorang bloger yang ada kepala hotak dan pemikiran.
aku cuma meluahkan apa
yang ada dalam hotak aku je..
ehem,ehem..
p/s:bila aku duk dekat dgn kau aku slalu dapat idea utk entri baru..hehehe
tapi awek tu mmg usha aku..
habis nak lebamkan mata smpai jadi biru?
pandai pun kau berpuisi...:-)
re:...kau lebih pasti dari aku sendiri...huhuhu
bukan semua ouisi perlu ada lagu...
ada juga puisi yang bebas formatnya
kalau kau lebih selesa menulis puisi bebas...tulis je...aku pun selalu gak tulis puisi macam tu...:-)
aku pun suka bebas...:-)
Post a Comment