Monday, November 10, 2008

Aku sayang dia....?

Pernah sekali aku cakap padanya, "aku begitu sayang pada kau"
Tapi die tetap endah tak endah. Katanya cinta aku hanya gurauan. Gurauan dari seorang teman kepada Teman.

Sungguh..sejak awal perkenalan aku sudah lama memendam kasih dan sayang padanya.
Tapi aku malu. Aku malu menyatakan kebenaran hatiku.
Aku sedar, aku tak sehebat Nurul@Aloy. Aku tiada karisma.
Tapi sungguh aku cinta padanya.

Jika lepak bersama, aku selalu perhatikannya.
Cara dia bercakap, berbisik, dan paling menggembirakan hatiku
Tatkala melihatnya ketawa.

Bahagia aku rasa walaupun kau bukan milik aku.
Mungkinkah aku yang terlambat menyatakan cinta?
Hingga kau mengangap aku sebagai seorang kawan.
KAWAN?

Pernah sekali aku deman kerana terlalu rindukan kau.
Waktu itu kau pulang ke kampung.

Penyudahnya di malam itu kau aku hubungi.
Alasannya aku sekadar bertanya bila hendak balik ke Shah Alam.
Sebenarnya aku terlalu rindukan kau...mengertilah sayang....
Dan malam itu selepas mendengar suara kau,, tidur malamku diulit mimpi indah,
Kau nyatakan kau jua sama seperti ku. Mencintai dalam diam.
Tapi aku kecewa keesokan paginya.

Sayang.....dengarilah jeritan batinku,
Yang memekik menjerit memanggil namamu.

Aku berazam.... tadi telah aku buat perjanjian bersamanya.
Bahawa esok kami akan makan bersama, tapi tidak kuundang kawan yang lain.
Nanti dimalam esok. Akan kugemgam erat tangan mu dan akan aku nyatakan betapa..

"AKU MENCINTAI DIRIMU"

sudikah kau terima diri ini sayangku?

3 comments:

Aloy Paradoks said...

semoga berjaya dapatkan kekasih yang kau idamkan...

gud luck..

Rayza MukMin™ said...

yaaa

Aloy Paradoks said...

dark ray giler.