Monday, March 30, 2009

gila!!!

saat aje aku membuka mata dan melihat dunia ini...

mereka berkata:
"wah sungguh sihat dan elok anak ini,nescaya suatu hari nanti
pasti dia akan menjadi seorang doktor atau peguam atau enginer!"

saat aja sepasang kaki yang dianugerah kan oleh maha berkuasa ini dapat berjalan
mereka berkata:
"anak kita sudah pandai berjalan!cepat sungguh dia belajar berjalan,
aku percaya anak ini menpunyai otak yang bagus,boleh jadi doktor!!"

saat aja aku sudah mula pandai menggunakan otak ini untuk menulis dan mengira..
mereka berkata:
"anak kita sangat cepat mencerna pelajaran,aku akan pastikan dia akan mendapat pelajaran yang terbaik dan menjadi orang yang berjaya!!"

saat aja aku mendapat tawaran ke sekolah berpenjara yang berdarjat tinggi...
mereka berkata:
"anak belajar rajin-rajin ye,jangan buat masalah,nanti jadi orang berjaya,jadi enginer,jadi peguam,jadi doktor!!"

saat aja aku mula matang dan mula berfikir untuk diri sendiri......
mereka berkata:
"kau nak jadi apa ni!!malas sangat nak belajar!!anak orang lain dapat keputusan tinggi-tinggi,kau belajar ke tak ni???"

saat aja aku mula melakukan sesuatu untuk kepuasan aku sendiri...
mereka berkata:
"kau nak jadi apa ni??nak jadi sampah??nak ke hidup susah??tak nak masuk universiti ke??jadi orang yang berjaya??"

saat aja aku mula mengejar impian dan mencari kepuasan hidup aku..
mereka berkata:
"tolong la belajar rajin-rajin,tak sanggup aku nak tengok kau kesusahan nanti,
sampai bila aku nak tanggung kau??kau jadilah orang yang berjaya,nanti senang hidup kau.."

aku bosan,bosan,bosan......
rantai besi motosikal sudah lama terlekat dileher aku...
bila aku dapat bebas dari rantai besi ini,
bila aku dapat bebas untuk menggapai impian aku..
bila aku dapat bebas untuk mencari kepuasan buat diri aku..
bila aku dapat bebas untuk menjadi diri aku....
hakiki nye dunia ini seperti mesin menjual air tin automatik..
sudah tersedia laluan-laluan yang akan kita lalui..
sesungguhnya kita tidak berhak untuk menetukan laluan hidup kita...

p/s:kiranya baik aku jadi orang gila,senang hidupnya..
bebas melakukan apa sahaja....

Sunday, March 15, 2009

kekejaman manusia

kau hidang aku dengan bom-bom karbon mu..

kau tembak pula dengan asap-asap beracun mu...

kau tikam aku dengan senjata CFC mu..

tak cukup dengan itu,

kau kelar aku dengan gergaji bergigi tajam...

kau hancurkan zuriat aku satu persatu...

tak mengapa..

tak mengapa..

suatu hari nanti..

pasti kau semua akan mendapat balasan dari aku..

aku akan pastikan..

dunia ini akan panas sepanas panasnya..

aku tak mahu lagi melindungi kamu dari terik matahari..

tak lagi lindungi kamu daripada serangan air langit..

aku akan biarkan kamu lemas tanpa oksigen..

aku tak kejam...

kamu yang mulakan dulu...


luahan hati makhluk hijau di dunia ini yang semakin pupus hari ke hari....

Saturday, March 14, 2009

Laksamana Chen Ho

Sebentar tadi kawe menonton satu teater bangsawan bertajuk
Laksama Cheng HO di Panggung Bandaraya...
apa yang kawe dapat ceduk:-

Puteri Ang Di Po dalam diam suka dan cintakan dan tergilakan si Cheng ho..
Si Cheng Ho pula tak nak menderhaka kepada Maharaja Meng..

Tapi si Puteri tatap berkeras ati dan nak jugak Chen Ho membalas cintanya..
si Puteri memaksa si Cheng ho membuat keputusan juga,atau dia akan bunuh diri!

Sebelum si Puteri bunuh diri,
Cheng Ho mengambil keputusan drastik!!
untuk membuang zuriat beliau!!(kote la..)
senang cerita,takdelah si Puteri tergila-gila kan dia...
(cinta memang buat orang jadi bodoh dan gila)

Setelah mendengar perkhabaran itu,
Maharaja Meng terkejut dan berasa marah dengan
kedurjanaan yang dilakukan oleh si Puteri sehingga
memaksa si Cheng Ho untuk membuang zuriat nye..

Lalu Maharaja menitah kan,elok lah yang 'buruk-buruk' ni
dibuang jauh2,kalau tak memalukan Benua Cina kalau disimpan..

Maharaja menitahkan Puteri Ang Di Po dikahwinkan dengan Sultan Melaka
dengan alasan hubungan diplomatik antara Melaka dan Cina akan lebih rapat..

Sultan Melaka yang baik hati ini pun menerima si Puteri dengan tangan yang
terbuka,untunglah bagi pihak Melaka nanti...

kesimpulannye,orang Melayu ni memang jenis yang baik hati..
yang buruk-buruk pun diterima lagi..
dan benua cina ni pulak,yang buruk-buruk lah dia nak bagi
kat melayu...hehehehe...

Thursday, March 5, 2009

Malaysia Majmuk

5 minit yang lepas kawe dengan shai sedang asyik melayari dunia siber tiba-tiba dikejutkan
dengan satu bunyi brek dan disusuli dengan dentuman yang kuat..
sah! ada eksiden kat highway sebelah rumah kawe ni..
apalagi kawe dengan shai bergegas la ke tepi rumah untuk melihat kejadian malapetaka jalanraya itu..

fuh.memang dasyat,wira-vo bertembung dengan kapchai...
depan wira-vo kemek teruk,rider kapchai terbaring di atas highway..nyawa-nyawa ikan

tapi bagi kawe bukan eksiden tu yang menarik perhatian kawe....
kawe tertarik, disebabkan eksiden itu
maka ramai lah penghuni-penghuni apartment palm garden turut turun untuk menyaksikan
kejadian itu..Cina, India, Melayu, Myanmar, Indonesia, Bangla semua ada,malah tadi seolah-olah
tiada jurang diantara kami,masing-masing sibuk bergaul dan bercerita dan membuat ulasan mengenai
kejadian itu..Kitaorang bersembang macam orang-orang kampung bersembang,
macam dah lama kenal,malah yang bangala dan myanmar pun sibuk nak masuk perbualan,dan mereka bercakap
dalam bahasa melayu!!!hahahaha....indah nye Malaysia Majmuk!!

P/S: 30 minit lepas tu masing-masing pulang ke rumah dan terus lupa tentang kejadian tadi dan juga lupa tentang perbualan antara jiran tetangga yang majmuk,masing-masing kembali buat hal masing-masing.....hahaha

Wednesday, March 4, 2009

Lepas habis Peperiksaan Menyiksa Rakyat (PMR),masa tu semua budak Form 3 dapat pelepasan balik ke rumah.
Kawe dan kawan-kawan semua tak balik rumah,
tapi ambil kesempatan untuk melancong dan meriliskan ketensyenan selepas kena siksa ambik peperiksaan.
Kawe dan seorang sahabat kawe,Medu namanye mengambil keputusan untuk ke Golok melancong sambil mencari CD dan buku 'best'.(biasa la nk rilis tensen). Masa tu nak ke seberang tak susah,sebab Medu punye ayah keje imegresen jaga sempadan,apalagi senang la nak seludup kawe,tak payah pakai pasport2 ni malah IC pun kawe tak bawak masa tu(IC mak kawe pegang kat rumah takut hilang kalau bawak asrama).

Semasa dalam perjalanan nak ke sana dari Pengkalan Chepa, kami terpaksa singgah di 'Bandaraya Islam Kota Bharu' untuk sesi pertukaran bas ke Tumpat. Sambil menunggu bas, Medu mengambil keputusan nak ke kedai komputer berdekatan, dia kata nak beli CD game. Bila aja nak sampai kat kedai komputer tu, aku dan Medu dah tak sedap hati sebab kat depan kedai komputer tu terdapat sebilangan remaja yang berambut tajam berjaket duri dan berkasut but (PUNK) sedang melepak depan kedai komputer (pada tahun ini remaja punk terkenal dengan sifat suka menge'pow' orang). Bila hampir dengan kedai komputer Medu tiba-tiba melajukan langkah beliau lalu masuk kedalam kedai.Cilake! punye member, laju je tinggal kawan yang dalam kesusahan. Baru sahaja aku mencapai tombol pintu kedai komputer:

Budak Punk: Oit brader!!tunggu jap!!

Kawe:(buat bodoh dan laju-laju nak masuk dalam kedai)

Budak Punk: OIiitt!!tak dengar ke aku panggil ni??!!(sambil mengangkat kaki dan menunjukan kasut but nye yang tebal kat kawe)

Kawe:(ishhh ni silap aribulan berbekas tapak Docmart kat muka aku ni...) YE bang.kenapa??

Budak Punk: Nak pegi mana laju-laju ni??lepak la dulu..

Kawe: takde,saya nak kejar kawan saya tadi,laju je dia masuk kedai ni..

Budak Punk:Owh...biarlah dia,kau lepak la dulu ngan aku..

Kawe:Ok brader...(kuncu-kuncu dia yang lain da mula nak kepung kawe)

Budak Punk:Aku nak mintak tolong sikit ni..

Kawe:ape??

Budak Punk:Aku ngan geng-geng aku nak balik rumah tapi tak cukup tambang bas ni,kau boleh bagi aku pinjam duit Rm3 tak??

Kawe:(dalam dompet ada Rm 10 je ni)Saya mana ada duit ni...

Budak Punk:kau jangan la nak tipu aku..nampak tak tapak docmart ni!nak???

Kawe:(dengan pilunye mengeluarkan rm10 dari dompet) Ni je yang ada,tak de duit kecik la..

Budak Punk:takpe-takpe,aku ada duit kecik,jap ek.(sambil mengeluarkan segumpalan duit seringgit-seringgit dari kocek
sebelah kanan beliau)

Kawe:(eh,ni dah macam proses jual beli kat kedai runcit mek jah je,siap bawak keluar duit baki lagi????)

Budak Punk:1ringgit,2ringgit,3ringgit,4ringgit,5ringgit,6ringgit...
eh ada enamringgit jelah..meh sini 10ringgit kau,nah ambik balik balance 6ringit ni,
sori la aku tak cukup seringgit nak bagi balance kau
nanti bila-bila kau jumpa aku kat sini lain kali kau mintak lah ngan aku balance yang tak cukup tu.Aku
ngan geng-geng aku dah nak gerak ni,terima kasih ek bagi 4ringgit ni,jumpa lagi.

Kawe:hah??baik betul orang yang mengepow aku nih,siap bagi balance lagi.aku igt dah lesap dah 10ringgit kawe tadi..
(kawe konpius ni pow ke proses jual beli??)

Lepas je budak-budak punk tu blah, Medu terus keluar dari kedai pastu gelak-gelak kan aku..
cilake punye member..inilah orang kata kawan ketika susah taknak tolong,tapi time senang je nak gelak-gelak sekali.
hampeh...lepas tu ada lah pulak makcik-makcik kat tepi tu tiba-tiba datang kat aku nak bagi nasihat la konon..
dia nasihat kenapa bagi duit kau budak tu??jangan la bagi...Gila kau aku tak nak bagi!!tak pasal-pasal aku kena belasah ngan budak-budak dia,macamaner aku nak pegi Golok???Time aku kena pow tadi taknak pulak dia nasihat budak yang pow aku tuh.heh.


P/S:Aku ingat kan budak-budak punk je yang suke menge'pow' rakyat jelata,rupanya bila kawe dah besar dan idup kat
kolumpo bemacam-macam jenis masyarakat lagi yang suka menge'pow' rakyat jelata...hampeh