Wednesday, February 25, 2009

kedai pelayan....

Biasa nye apabila waktu malam menjelma, warga kota metropolitan ini akan berpusu-pusu
menuju kedai mamak,kedai makan,kopitiam, semuanye dengan tujuan yang sama:
melepak,rehat,minum-minum,makan-makan,sembang-sembang,dan sebagainye...
pabila malam makin lewat maka masing-masing akan pulang ke habitat mereka...
itulah aktiviti biasa yang dilakukan warga kota untuk melepaskan rasa penat lelah mereka
setelah penat berkerja seharian......

Tapi lain pula bagi warga kampung kawe..
kat kampung kawe cara mereka melepas kan penat dan beristirehat
lebih menarik dan lebih menyoronokan..
Apabila malam menjelma,maka berpusu-pusulah puak jantan ni
(perempuan jarang keluar rumah malam) ke kedai makan atau warung..
dari luar memanglah nampak macam warung atau kedai makan biasa yang deterangi dan dihias dengan lampu
kalimantan berwarna-warni..Lampu-lampu yang berwarna-warni ni bertujuan untuk menarik
pelanggan yang lalu-lalang di jalan berhampiran..
tapi kedai-kedai ini sangat unik dan sangat menghiburkan(bagi puak jantan)..
kenapa???
Biasanya kami akan menggelarkan kedai ini sebagai 'Kedai Pelayan'.
Bukan nye bermaksud kedai tu kita kena layan sendiri,
tapi kedai-kedai tersebut mempunyai daya tarikan nye tersendiri..
Biasa nye tauke-tauke kedai ni,akan ke siam,masuk ke kampung-kampung di Narathiwat,Golok,Pattani..
kat sinilah mereka akan mencari gadis-gadis sunti dari siam,mereka akan pilih gadis-gadis siam yang kulitnye putih gebu,hidung mancung,muka cantik dan manis,badan solid macam angelina jolie,fuh!memang kalau tengok skali macam maya karin lah..Lepas pilih seorang-dua yang mempunyai ciri-ciri yang menarik,mereka akan membawa gadis-gadis tersebut masuk ke Malaysia dan berkerja di kedai mereka sebagai pelayan..
Cuba bayangkan gadis yang kulitnye putih menggebu,muka halus,hidung mancung,badan solid,harum semerbak datang kat kamu dan ambil order..menarik kan??berbanding kat kota metropolitan ni mamak yang itam,tangan berbulu,badan berbau datang ambik order..mana yang lagi menarik???hehehe..
Yang membuatkan orang lebih tertarik,mereka ini bukan sahaja mengambil order makanan,tapi mereka juga pandai melayan setiap pelanggan yang datang,fuh!denga muka manis, suara manja dan seksi mereka akan melayan kita tanpa rasa jemu pun,kadang-kadang sampai setengah jam kat meja kita pun order tak ambik2 lagi..
malah siapa-siapa yang pandai mengayat ada peluang la nak dating dengan mereka ni,kalau mahu nak nikah pun boleh...
Puak-puak jantan kat kampung kawe ni tak kira lah yang muda,dewasa,bujang,dah berbini,yang tua kerepot pun tak kan
lepaskan peluang untuk pergi membuang masa di kedai pelayan ni sambil mencuci mata..
Pernah satu hari tu ada sorang perempuan datang ke kedai pelayan tempat kawe dan kawan-kawan selalu melepak pastu bising-bising dan buat kecoh..tak pasal-pasal pelayan yang cantik tu kena maki hamun dengan perempuan tu,l
epas tue ada sorang mamat bangun,pegang tangan perempuan tersebut dan bawa dia pergi jauh-jauh..Rupanye mamat tadi laki perempuan tu..hahahaha...Dasat sungguh penangan kedai pelayan ni, sampai laki yang dah ada bini pun tak lekat duk rumah,diorang lagi selesa lepak kat kedai pelayan sambil dihiburkan oleh pelayan-pelayan yang cantik dan manja ni..

p/s:kawe nak bukak satu kedai pelayan kat shah alam,mesti kedai makan kawe untung kan??

Sunday, February 22, 2009

hiburan kota metropolitan...

semalam seperti warga warga kota yang lain, aku telah menghadiri
salah satu pesta maksiat di tengah2 ibu kota metropolitan ini
bagi melempiaskan segala masalah sambil berhibur sedikit(juga memuaskn nafsu sedikit,hehehe)
ini antara gambar gambar yang sempat diambil di tempat kejadian.









apa yang "membanggakan" kawe adalah kerana boleh dikatakan separuh daripada ahli maksiat yang ada
kat dalam tu semuanya berasal daripada negeri kawe,negeri 'serambi mekah'..siapa yang kata mereka mundur??
siapa yang kata mereka tak penah masuk tempat maksiat??siapa kata mereka tak pandai berhibur??siapa kata mereka miskin??hehehehe....

Saturday, February 21, 2009

Permainan Orang Kampung....


Kat kampung kawe masa kecik2 dulu kitaorang selalu ada musim permainan..
setiap musim dengan permainan yang berlainan..
tapi musim yang paling kawe suka dan minat ialah musim WAU....

Musim wau ni biasa nye akan muncul apabila angin kat kampung kawe tiba2 jadi kuat,
biasa nya nk dekat dgn musim tengkujuh..biasa nye orang kata musim wau selepas musim menuai kan??
kat kampung kawe mana ada org tanam padi,tembakau banyak la,
kalu nak tunggu musim menuai sampai bila pun kitaorang tak dapat nak rasa main wau ni..
Pada musim ini pemandangan langit sangat indah,
langit meriah dengan pelbagai jenis dan warna wau,
ada wau bulan,wau kekek,wau kucing, wau merak dan macam2 jenis lagi lah..
dari pagi smpai petang ada je orang yang main wau,langit sentiasa penuh ngan wau lah,tak penah kosong..
pada musim ini juga semua orang sibuk bersembang pasal wau..
Bila kawe pegi sekolah....
kawan2 semua sibuk nak borak dan bertanding wau sape paling cantik,wau sape yang paling lawa,wau sape yang naik lama,kat mana nak cari buluh cantik nak buat wau,kat mana nak bli wau,sape yang nak jual wau,macamnae nak buat wau...
pendek kata kalau kat sekolah tu asyik sembang pasal wau je..
bila balik rumah...
kawe keluar ke rumah jiran,budak2 yang lebih tua sedikit pun sibuk nak sembang pasal wau jugak..
kat kedai pelayan pun sibuk nak sembang pasal wau,
tapi yang otai2 ni selalu sembang pasal nak masuk pertandingan wau je,kat kampung mana ada pertandingan,brapa hadiah dia,wau sape yang paling terer kat kampung dan bermacam2 cerita lagilah..
(masa ni kawe kecik lagi,tak boleh pegi kedai pelayan lagi)...

Kawe pun tidak ketinggalan...
kawe masih ingat lagi dulu kawe ada satu wau yang kawe sayang,
wau ni kawe beli kat abang kawan kawe dengan harga RM5 kalu x silap..
(dulu kawe ingat nak buat sendiri wau,tapi semua wau yang kawe buat tak boleh terbang,
so kawe ambil jalan mudah beli je senang..susah wey nak buat wau ni)..
Wau yang kawe ada ni jenis Wau Kucing..
memang bentuk dia macam kucing pun,kenapa kawe suka wau ni??
sebab wau jenis ini senang nak naik,bile kena tiup angin je terus naik,
tak payah susah2 nak cari kawan suruh pegang wau,letak kat bawah je kalu ada angin tiup terus dia naik!
Lagi satu wau ini juga lah yang paling murah kalau nak beli berbanding dengan wau bulan.
Boleh kata kat kampung kawe dulu wau kawe la yang paling feymes,
sebab budak2 lain takde duit nak beli wau yang hebat macam kawe nih,dieorang semua buat sendiri..
macam biasalah kalau buat sendiri mesti banyak yang slack,senget la,kertas koyak la,x boleh terbang la..
petang2 je lepas balik sekolah tanpa membuang masa kawe terus menjemput kawan2
dan anak2 jiran datang rumah kawe,pastu pegi tapi pantai main wau,
kat sana angin dia kuat,wau senang naik...
Lepas tukar uniform, kawe terus capai wau kawe,nasi pun kawe lupa nak jamah..
seronok sangat nak tunjuk wau kat kawan2 ni..
kawe dengan megahnye terus berjalan sambil menggendong wau kawe ke tepi pantai..
kat sana budak2 semua dah tunggu dah, nak tengok wau kawe..
sampai je kat pantai diaorang semua kagum dan sibuk je nak sentuh2 wau kawe,kawe terus sound "jangan la main pegang2,nanti koyak la kertas dia ni woi"...terus diorang tak beranni nak pegang..
Lepas tu gua letak wau ni kat bawah,tarik tali dia jauh2..
ada kawan kawe yang nak tolong pegang,tapi dengan angkuh nye suruh dia lepas balik!
sebab wau kawe hebat x payah orang pegang2 ni...
selepas mengambil kira kelajuan angin semua kawe terus sentap tali wau kawe..
suuuuuuuuuupppp wau kawe terbang!
mula2 rendah je,bila angin bertiup lebih kencang suppp dia naik tinggi lagi,
sambil melepaskan tali sedikit demi sedikit kawe sentap wau tu,nak bagi dia naik lagi tinggi dan x nak bagi dia jatuh...
bila dah cukup tinggi kawe pun toleh ke arah kawan2 kawe tadi..
fuh masing2 kagum..kagum tengk wau kawe boleh naik tinggi gile dan senang untuk diterbangkan...
tinggi dia jauh lebih tinggi dari pokok kelapa kat tepi pantai,jauh lagi tggi dari pokok rhu kat tepi pantai tu..
fuh memang sayup2 je kawe tengok,nampak kecik je wau kat atas tu..
sambil kontrol wau kawe,kawe juga mengontrol macho..
masa tu mula la kawe sembang2 pasal wau semua ni,kawe juga mula bertanyakn tentang pertandingan wau yang terdekat,ingat nak join jugak lh,rasanye wau ni boleh menang...
sedang rancak berbual kosong, tiba2 angin kuat datang
syiiiiiiuuuuuuppp bunyi tali wau kawe putus!
kawe dah gelabah dah,tiba2 kawe tengok wau kawe makin jauh,makin jauh,makin jauh..
lama kelamaan kawe dah tak nampak dah wau kawe,tak tahu kemana beliau menghilang..
kawe duduk termenung....
sekarang yang tinggal hanyalah segulung tali tasi di tangan gua...
budak2 tadi semua sedang syok dan seronok gelakkan kawe......
tamatlah kisah wau kesayangan kawe yang tak sampai sehari pun kawe miliki....


p/s: teringin nak main wau kat tengah kota metropolitan ini.....

Thursday, February 19, 2009

Titah....

wahai rakyat jelata sekalian!!
jangan lah kamu murka kepada baginda!!
jikalau sesiapa diantara kamu didapati murka
maka hukuman 'pancung' lah ke atas kamu!!

Wednesday, February 18, 2009

gelap.......

ketika aku di sekolah..
mereka yang berpelajaran tinggi itu
selalu menasihati dan memberi peringatan
supaya jangan menyempitkan minda aku..
sentiasa berfikiran luas..jangan jadi katak bawah
tempurung lah dan macam2 lagilah..
sampai sahaja aku di menara gading ini
perkataan yang sama juga sering diulang2..
buka lah fikiran mu!kita melayu kalau nak berjaya
kena fikir luas,fikir lain daripada yang lain..
pastu mereka ada tambah satu perkataan lagi dalam otak aku
katanye "think oustide the box"..fuh sedap ayat tu..
tapi bila aku mula berfikiran luas....
bile aku mula berfikiran diluar kotak...
bila aku cuba untuk menjadi diri aku,
bila aku cuba lain dari orang lain,bila perbuatan aku lain dari amalan traditional mereka..

tiba-tiba aku dibangkang pula??tak pasal2 aku kena naik mahkamah ciptaaan mereka untuk mengutip dana dari pelajar yang sememangnye dah tak berduit ni..kenapa aku dibangkang pula??
sedangkan dahulu mereka lah yang suruh aku "think outside the box"?
apa salah aku??
katanya cara aku berpakain tidak mengikut sahsiah rupa diri..
tak mengikut adat ketimuran..
tak mengikut undang-undang ciptaaan manusia???
padahal apa yang aku lakukan hanyalah nemjadi diri aku sendiri..
aku cuba untuk mencari seseuatu yang lain daripada orang lain..
aku cuba untuk berfikiran luas,seperti yang mereka laungkan sebelum ini...
aku cuba menjadi katak diluar tempurung tapi....
akhirnya mereka tangkap aku kembali dan cucuk hidung aku dengan tali lembu dan suruh aku kembali ke jalan yang benar.....mereka lebih gemar aku menjadi lembu daripada menjadi katak di luar tempurung yang mempunyai minda yang lebih luas dan terbuka...


p/s:teringin sangat untuk keluar dari tempurung yang dicipta oleh mereka ini....

musuh!!

aku tak rasa yang dadah ini musuh no satu negara...
apelah sgt masalah dadah ni, cuma masalah segelintir
ramaja-remaja yang mahukan sesuatu untuk melempiaskan rasa tidak puas hati mereka..
masalah segelintir orang2 seni yang memerlukan sedikit ransangan untuk berkarya..
masalah orang yang kerjanya berat dan memerlukan sedikit suntikan tenaga
untuk membuat kerja demi menyara keluarga..
masalh orang sakit yang memerlukan dadah bagi menahan seksanya kesakitan yang ditanggung..
masalah dadah ni tidak akan memudaratkan orang lain,hanya membebankan orang yang terlibat dengan dadah sahaja..

apelah sangat....

bagi aku,musuh no satu sekarang adalha penyakit lain,penyakit yang jauh lebih merbahaya dan memudaratkan!
penyakit yang telah lama merebak..penyakit ini merupakan penyakit berjangkit..
mudah dijangkiti oleh sesiapa pun..tidak kira mengira sesiapapun...
walhal tinggi mana sekalipun pelajaran manusia itu,masih tetap tak boleh lari dari penyakit yang satu ni..
malahan penyakit ini jugalh yang perlahan2 akan merobek dan menghancurkan negara kita...
penyakit ini tak macam penyakit dadah, penyakit ni memberi kesan,memudaratkan dan menyusahkan
orang lain!penyakit ini hanyalah menguntungkan orang atasan
dan akibatnye rakyat jelata yang akan merana..penyakit ini sungguh dasyat, penyakit ini dapat meruntuhkan
sesuatu tamadun!meruntuhkan negara!meruntuhkan negeri!meruntuhkan kepercayaan rakyat jelata
kepada pemimpin..sehinggkan pucuk kepimpinan yang dipilih oleh rakyat dapat digulinggkan hanyalah dengan
menyebarkan penyakit ini...dasat!sungguh dasat!
inilha penangan penyakit RASUAH!
sehingga kini ahli 'saintis' masih lagi tidak menjumpai penawar bagi penyakit ini,
mungkin mereka yang diupah iaitu ahli 'saintis' ini juga telah mengidap penyakit yang sama???
mungkin suatu hari lagi aku akan terjangkit??
cepatlah cari penawar penyakit ini!!aku dah tak tahan lagi dah!!!!
masih adakah ahli 'saintis' diluar sana yang masih belum dijangkiti dan
akan menemui penawar bagi penyakit ini???

lancau mana tak sekolah ni!!

babi!!lancau mana yang curi lagenda aku ni????

ingat motor ni sejenis buah-buahan ke???
ingat motor ni jenis yang berbuah kat pokok,pastu
bile nak guna boleh petik je atas pokok tu??
babi!!!kalu lancau yang x bersekolah tu pun pandai guna blog
dan terbaca entri ini,pulangkan lah motor aku tue..susah aku nak pegi kelas
nanti...babi lancau pukimak betol golongan yang x bersekolah ni!!