Friday, February 5, 2010

oh ini bukan citer fiksi

jadi petang itu Ahmad gembira
sebab apa???
kerana ada seorang pembeli serius mahu membeli kereta
oh ya,Ahmad seorang peniaga,peniaga kereta tangan kedua.
kecik kecik je..
Baru sahaja tadi Ahmad terima panggilan dari seorang apek
Lim namanya,katanya mahu lihat kereta petang ni.
okay,jadi Ahmad pun bersiap siap,pakai smart-smart,biar nampak berkeyakinan sikit
Dari rumahnya di Subang Jaya,Ahmad memulakan perjalan ke Puchong, titik pertembungan dengan Lim.sampai di tempat perjanjian itu, Ahmad menunggu...biasala Malaysia

selepas 10 minit,dua orang apek,berbadan saiz sederhana,tinggi,kuning langsat,rambut pacak masuk ke dalam kereta Ahmad,sorang kat depan sorang lagi kat belakang.

terkejut,tapi Ahmad cuba tenang
"Lim ke??"

"ye saya"
Apek kat belakang keluarkan parang letak kat leher Ahmad,dalam 2 inci lagi la nak sentuh leher.Lim yang kat depan keluarkan pisau rambo acu kat perut Ahmad.

"kau bawak kereta cepat"

terkejut,tapi kali ini Ahmad tak dapat nak mengawal situasi,panik
hanya mampu ikut aja apa apek suruh....

terus tekan minyak ahmad memecut pergi ke destinasi yang dicadang kan oleh Lim
ahmad cuba juga berfikir macammana nak lari dari situasi ni,tapi kalau
parang dah kat leher,pisau kat perut,apa kau ingat kau boleh lari????
ini bukan filem fiksi ye.

oh,selang 10 minit,nasib Ahmad mungkin akan temuui titik perubahan
sebab apa???
kerana hari itu di satu tempat yang lain,ada satu kes kecurian kereta dilaporkan
oleh sebab dipush push oleh mangsa,pihak berkuasa terpaksa lah membuat satu sekatan jalan raya,dengan harapan boleh jumpa balik kereta yang kena curi itu.disebabkan sekatan itu dilakukan di salah satu jalan utama yang menghubungkan banyak bandar
maka Ahmad yang memang sedang guna jalan utama tersebut secara bertuah bertembung dengan sekatan itu.
dada Ahmad perlahan lahan kembali tenang...dia akan dibela,cis,padan muka kau apek!
masuk jel lah kau,tak pun hukum gantung je!

namun,Apek apek masih lagi tenang,parang dan pisau masih di tempat nya...
sampai di sekatan jalan raya,polis pandang ke dalam kereta,diam...
cuba menganalisa situasi mungkin.

"kenapa ni?"

"tak de apa la bang" Lim tenang mengjawab.
"bang nah" 8 keping not unggu dikeluarkan

"emmm,bawak kereta elok elok" polis itu melambai tangan sebagai arahan untuk bergerak

Dada Ahmad kembali berdetak kencang,seperti piston motor yang dipandu laju oleh Mat rempit.peluh membasahai muka,tangan, dan perut Ahmad..apa nak jadi dengan aku ni????

sampai di destinasi,Lim memaksa Ahmad turun
"nah sepuloh ringgit,nanti teksi datang kau tahan,pastu pandai-pandai la balik"

kereta memecut pergi...


.....................................................................................

11 comments:

Rayza MukMin™ said...

nanti ada masa gua baca...
panjang sangat..

zul efron said...

gua dah baca..
nanti gua komen..
panjang sangat..

abrodam said...

gua pun baca nanti

mamai said...

tak fair polis dapat banyak ahmad dapt sepulu ingit ajer

bias® said...

gua dah panjang.
nanti gua komen.
baca sangat...

abrodam said...

mamai~kan???bodoh la Lim tu

e~aku dah sowh kau jgn minum sprite!

Paradoks said...

sangat komen nanti gua panjang..

triple x malaya said...

lebih gempak dari biase..

abrodam said...

arghhhhhhhhhhhh!!!!

Aloy Paradoks said...

tu aje?

patungcendana said...

sangat panjang komen gua nanti.

re:...terkejut aku baca komen kau yang serious tu...:-p