Sunday, December 20, 2009

yenki murah

Pak Rahman bersandar di tepi Teksi nya sambil menyedut asap hasil daripada pembakaran tembakau....
lama Pak Rahman menyedut rokok,kemudian perlahan-lahan menghembus keluar asap rokok
fuhhhhhhhhh...lega rasanya..baru sekarang dia dapat berehat selepas sehari penat bekerja,hujung minggu ni ramai sikit orang nak guna khidmat dia..
selepas habis sekotak rokok dihisapnye,datang seorang lelaki tua berambut putih,berjanggut putih dan gemok...dengan tergesa-gesa lelaki tua itu membuat tawaran kepada Pak Rahman.

Lelaki Tua:Kamu boleh tolong hantar saya ke Stesen Padang Jawa??saya nak cepat ni,I have flight to catch

Pak Rahman:emmm boleh boleh,masuklah (sambil membuka pintu kepada lelaki tua itu)

Lelaki tua:terima kasih ye,kalau boleh tolong cepat sikit

Pak Rahman:ok,xde masalah,

Pak Rahman kemudian masuk ke tempat duduk pemandu,pantas kaki menekan clutch,masukkan gear satu dan terus memecut pergi

*hurmmm kalau aku pergi ikut S.16 ni lagi dekat dan lagi cepat,tambang dia mesti lebih kurang 3.50.....tapi kalau aku ikut S.7 lagi jauh,tambang pun mesti naek Rm 4.50...*

di atas adalah monologue dalaman Pak Rahman

Pak Rahman:Encik,kita ikut jalan S.7 ye??sana lagi dekat dan cepat,dah la x jam..ok??

Lelaki Tua:emmmm ok

Pak Rahman tersenyum dengan rezeki lebih dia hari ini...

Pak Rahman:ok encik,dah sampai,RM 4.50 ye

Lelaki tua itu menyeluk poket seluar sebelah kanan nya,lalu mengeluarkan sekeping not Rm 10,nah duitnye,keep da change!

Lelaki tua itu tersenyum sinis sambil meninggalkan Pak Rahman dan teksi nya..

Pak Rahman:errr...


P/s:lelaki tua itu tiada kaitan dengan Santa Claus

Thursday, December 17, 2009

playboy

sumber internet kurang






P/S:yahoooooooo!!!berjaya jugak aku update hari ni!!

Monday, December 14, 2009

shopping

maimun sedang asyik menyiram pokok bunga orked di halaman rumah beliau
tiba-tiba d terlihat kelibat Kiah,jiran sebelah bergegas jalan ke arah kereta

Maimun:Cik Kiah nak kemana tu??

Kiah:oh maimun,saya dah lewat ni,nak pegi pasar jap

Maimun:Amboi pegi pasar bli apa tu??

Kiah:Nak pegi bli bayi baru,xde la shopping sangat..

Maimun:wahhhh...bagosnyeee..nanti tolong usha2 untuk saya sekali ye???

Kiah:ok,pegi dulu,da lewat ni,nanti abes plak bayi kat pasar tu..



P/s:Absurd!!

Saturday, December 12, 2009

untuk kau badut

baaaaaaaaaa caaaakk!!!
baaaaaaaaaa caaaakk!!

tertawa riang setiap orang
hiburan si badut
memukau semua golongan
yang muda paling terpana
melihat telatah badut
menghibur dan terus memukau

badut ketawa gelak gempita
huahahahahahahahahaha
bodoh nye diaorang!

methaphore

wahhhh!!hepi nye i today...
kenapa??ye sebab I nak pegi window shopping kat Plaza Alam Sentral!!
yeeeeeaaaayyyy!!walaupun seorang diri,tapi I tetap hepi!!
mula-mula,I singgah The Store,tiba-tiba ternampak seorang awek hot giler babe!!
pheeewiit pheeewit!!I mintak no phone dia,tapi dia tak bagi..I bagi no phone I,n tunggu dia kol back!hihihihi..hepi hepi hepi!!
pastu hari ni I shopping sakan!habis semua barang I borong,maklumla,poket tengah penuh,apalagi,bli stock makanan la!hahahaha
pastu I pegi men boling sorang sorang!!semua game i menang!!yahoooo!!
and then, I penat lah,balik rumah lepak depan tibi pastu post entri jap.
tata,jumpa lagi!!




P/s:entri skema nak mampos!

time pendulum

setelah lama sesat dalam masa..aku mahu kembali bergiat dalam bidang ini!

Wednesday, November 25, 2009

kelantan la kan..

hari ini 26 November 2009
dan seperti yang aku beljar dalam matapelajaran geografi tingkatan 3
pada bulan september hinga mac negeri negeri di pantai timur akan dilanda
tengkujuh.iaitu musim hujan yang berterusan mencurah dan hanya akan berhenti sekali
sekala sahaja...
Kampung aku adalah salah satu kampung yang akan turut serta dalam perayaan air ini..
kelantan la kan..maka normalnye pada musim2 begini kebanyakan kawasan di kampung aku akan ditengelami air..
maka tidak lain tidak bukan,ruang-ruang di buletin utama, Warta Perdana, Bernama dan sebagainya akan dipenuhi dengan berita banjir di kelantan, banjir di Pahang, Mangsa banjir sana, mangsa banjir situ..menceritakan betapa banjir ini merupakan satu bencana
namun, seingat aku. ketika aku masih lagi kecil,sekolah rendah lagi barangkali..
kami budak-budak tidak melihat banjir ini sebagai bencana..namun sebagai satu rahmat kepada kami.kami bersyukur kerana tuhan telah menganugerahkan kami dengan satu taman tema air yang semulajadi buat kami..tidak perlu membayar mahal-mahal untuk bermain di taman tema air ini,percuma dan boleh bermain bila bila masa....
dengan sedikit imaginasi dan kawan-kawan..maka ia menjadi satu taman tema air yang paling seronok di dunia ini!

Hari ini,aku pulang ke kampung..seperti biasa,di depan rumah aku..nah!tersergam indah satu taman tema air yang aku dan kawan-kawan aku hargai ketika kecil dulu.
ketika aku cuba mengharungi kolam air semulajadi itu..entah kenapa
mata aku ini seolah dapat melihat segala gala parasit dan kuman amoeba,E-coli, yang sedang berenang senang lenang di dalam air tersebut..aku merasa sungguh jijik sekali..tak sanggup aku nak mengharungi kolam itu..namun aku perlu juga harungi,kalau tak macam mana nak naik rumah...saat kaki aku menjunam kedalam air itu aku dapat merasakan, malah dapaat melihat segala kuman dan parasit itu meluru-luru berenang ke arah kaki aku,masuk kedalam saluran darah aku dan terus mengjangkiti aku dengan penyakit yang merbahaya!!uhhhhhh laju-lajuu aku melangkah merentasi kolam itu dan cepat-cepat naik ke rumah basuh kaki aku...

ironi nye...kenapa sekarang aku merasakan air itu sungguh menjijikkan dan penuh dengan kuman dan parasit???walhal dulu ketika aku kecil kolam itu lah
Taman tema air yang paling seronok dan anugerah tuhan yang diberikan kepada kami kanak-kanak!kenapa aku tidak dapat melihat kolam itu seperti aku melihatnya 15 tahun lepas???