Thursday, December 31, 2009

snow spray?string spray??

Semalam,
dentuman bas kuat disulam dengan bau bauan stout
menggelegakkan deruan adrenalin dalam tubuh sang manusia itu
bisa membuat sang manusia menjadi sang monyet
lompat,guling,gelek,golek,pusing,hantuk,hanguk
ka'cip dan mabuk khayal dalam pesta kesyukuran

Semalam,
pemandangan indah memukau
putih,hitam,kuning,biru,pink
semua ada!ya!lelong lelong lelong!
pilih apa yang kau mahu,tak perlu
bazir duit kamu masuk kelab XXX
sang jantan luas luas buka mata mu
ini show percuma,jangan lepaskan peluang ini
siapa yang tak suka percuma kan??

Semalam,
sang pencinta berada dalam dunia sendiri
dunia penuh bunga bunga bertaburan
bahagia dalam dakapan cinta masing masing
puisi puisi indah dibisikkan
halus kedalam jiwa sang pencinta
'Romance' malam itu sebagai kenangan
hidup sebagai sang pencinta..

Semalam,
empat sepuloh!empat sepuloh!empat sepuloh!!
kering anak tekak sang bisnesman
melaung dan memekik,
memasarkan produk yang dijual
berpeloh sampai ke bontot
risau gelisah dengan risiko yang ditanggung
sabar,rezeki tetap kamu yang punya
orang yang utuh berusaha!

Semalam,
tukang sapu sabar
menyapu bersih segala
sampah! yang ditinggalkan sang manusia
kalau bukan mereka,siapa lagi yang dapat
memikul tanggungjawab ini??
sampah yang kotor perlu dibersih juga
ye bukan??

oh semalam...aku pun ada disana

Wednesday, December 30, 2009

kalau aku letak tajuk yang lucah lucah mesti orang nak baca kan???

umur 7 tahun masuk sekolah rendah

umur 13 tahun masuk sekolah menengah

umur 18 tahun masuk universiti

ble dah habis belajar mula masuk ke alam pekerjaan

bangun pagi pergi kerja,balik petang penat tido

dan begitulah untuk 50 tahun akan datang......

apa mungkin kah aku juga menjadi manusia seperti itu????

ahhh dunia!!!!terlalu sukar untuk melawan!!

Friday, December 25, 2009

Porno!!!

aku tak tau kenapa aku tak boleh nak link benda ni
mungkin aku masih lagi kurang celik IT
tapi silakan pergi ke blog ini untuk view yang menarik!


http://www.maratonsajak.blogspot.com

Sunday, December 20, 2009

yenki murah

Pak Rahman bersandar di tepi Teksi nya sambil menyedut asap hasil daripada pembakaran tembakau....
lama Pak Rahman menyedut rokok,kemudian perlahan-lahan menghembus keluar asap rokok
fuhhhhhhhhh...lega rasanya..baru sekarang dia dapat berehat selepas sehari penat bekerja,hujung minggu ni ramai sikit orang nak guna khidmat dia..
selepas habis sekotak rokok dihisapnye,datang seorang lelaki tua berambut putih,berjanggut putih dan gemok...dengan tergesa-gesa lelaki tua itu membuat tawaran kepada Pak Rahman.

Lelaki Tua:Kamu boleh tolong hantar saya ke Stesen Padang Jawa??saya nak cepat ni,I have flight to catch

Pak Rahman:emmm boleh boleh,masuklah (sambil membuka pintu kepada lelaki tua itu)

Lelaki tua:terima kasih ye,kalau boleh tolong cepat sikit

Pak Rahman:ok,xde masalah,

Pak Rahman kemudian masuk ke tempat duduk pemandu,pantas kaki menekan clutch,masukkan gear satu dan terus memecut pergi

*hurmmm kalau aku pergi ikut S.16 ni lagi dekat dan lagi cepat,tambang dia mesti lebih kurang 3.50.....tapi kalau aku ikut S.7 lagi jauh,tambang pun mesti naek Rm 4.50...*

di atas adalah monologue dalaman Pak Rahman

Pak Rahman:Encik,kita ikut jalan S.7 ye??sana lagi dekat dan cepat,dah la x jam..ok??

Lelaki Tua:emmmm ok

Pak Rahman tersenyum dengan rezeki lebih dia hari ini...

Pak Rahman:ok encik,dah sampai,RM 4.50 ye

Lelaki tua itu menyeluk poket seluar sebelah kanan nya,lalu mengeluarkan sekeping not Rm 10,nah duitnye,keep da change!

Lelaki tua itu tersenyum sinis sambil meninggalkan Pak Rahman dan teksi nya..

Pak Rahman:errr...


P/s:lelaki tua itu tiada kaitan dengan Santa Claus

Thursday, December 17, 2009

playboy

sumber internet kurang






P/S:yahoooooooo!!!berjaya jugak aku update hari ni!!

Monday, December 14, 2009

shopping

maimun sedang asyik menyiram pokok bunga orked di halaman rumah beliau
tiba-tiba d terlihat kelibat Kiah,jiran sebelah bergegas jalan ke arah kereta

Maimun:Cik Kiah nak kemana tu??

Kiah:oh maimun,saya dah lewat ni,nak pegi pasar jap

Maimun:Amboi pegi pasar bli apa tu??

Kiah:Nak pegi bli bayi baru,xde la shopping sangat..

Maimun:wahhhh...bagosnyeee..nanti tolong usha2 untuk saya sekali ye???

Kiah:ok,pegi dulu,da lewat ni,nanti abes plak bayi kat pasar tu..



P/s:Absurd!!

Saturday, December 12, 2009

untuk kau badut

baaaaaaaaaa caaaakk!!!
baaaaaaaaaa caaaakk!!

tertawa riang setiap orang
hiburan si badut
memukau semua golongan
yang muda paling terpana
melihat telatah badut
menghibur dan terus memukau

badut ketawa gelak gempita
huahahahahahahahahaha
bodoh nye diaorang!

methaphore

wahhhh!!hepi nye i today...
kenapa??ye sebab I nak pegi window shopping kat Plaza Alam Sentral!!
yeeeeeaaaayyyy!!walaupun seorang diri,tapi I tetap hepi!!
mula-mula,I singgah The Store,tiba-tiba ternampak seorang awek hot giler babe!!
pheeewiit pheeewit!!I mintak no phone dia,tapi dia tak bagi..I bagi no phone I,n tunggu dia kol back!hihihihi..hepi hepi hepi!!
pastu hari ni I shopping sakan!habis semua barang I borong,maklumla,poket tengah penuh,apalagi,bli stock makanan la!hahahaha
pastu I pegi men boling sorang sorang!!semua game i menang!!yahoooo!!
and then, I penat lah,balik rumah lepak depan tibi pastu post entri jap.
tata,jumpa lagi!!




P/s:entri skema nak mampos!

time pendulum

setelah lama sesat dalam masa..aku mahu kembali bergiat dalam bidang ini!