Thursday, June 16, 2011

lolongan sang anjing

Malam ini, gerhana

seperti diserang seekor raksaksa gergasi

bulan itu dimamah, dimakan, di telan perlahan-lahan

anjing melolong-lolong

risau dengan kehilangan bulan

bintang tersayang memantulkan cahaya

menerangi gelap malam

dan kami, kami ketawa riang dengan jenaka si badut.

-total darkness.Eclipse June 2011, 3.35 am-

Wednesday, May 25, 2011

Nomad berpindah-randah sambil berbogel

Gua dah mula menulis di blog yang tak senonoh ini ----->http://susukondensasi.blogspot.com/


bagi yang nak follow, sila lah yek. Terima kasih:-)

Thursday, February 17, 2011

Kegelisahan uncle di Chow KIt

Setiap kali melewati jalan Chow Kit pasti ada uncle yang menawarkan khidmat amoi kepada aku...

maaf uncle,saya datang nak usha seluar bundle je, sumpah xde niat langsung nak cari benda lain.

kelibat muka uncle berubah serta merta menjadi sedih....

yelah,dia pun ada anak bini jugak nak kena jaga,nak kena suap ngan nasi tiap tiap masa.

bisnes amoi sekarang pun dah makin jatuh sejak pasaran import di buka luas dan

sejak hubungan seks bebas menjadi perkara biasa buat masyarakat urban malah masyarakat kampung juga...bisnes makin teruk

tapi aku.....tapi aku.....aku nak cari seluar bundle jek....

"Uncle, itu amoi berapa??ada diskaun chinese new year ka???"

sinar kegembiraan memancar-mancar dari wajah uncle yang sedih sebentar tadi,

hari ini aku telah melakukan sesuatu yang baik dan membawa sinar harapan baru kepada uncle.


Monday, November 1, 2010

Mannequeen


Hai.
Nama saya Zue, dulu saya manusia normal
hidup normal macam kamu semua..
tapi sekarang saya dah jadi patung,
ye patung, yang selalu kamu nampak bila jalan jalan
cuci mata di Masjid India. Mungkin juga salah satu patung yang
kamu nampak itu adalah saya.
Mengapa saya jadi begini???Ok, cerita dia macam ni.

Semuanya bermula kerana seorang lelaki. Lelaki yang bernama Hafiz.
Saya dahulu nya seorang penulis di salah satu majalah fesyen di Kuala Lumpur, suatu hari tu, saya menghadiri sebuah majlis fesyen, tujuan nya untuk cover story event tu lah, bukan nya dari awal saya pasang niat nak cari balak sorang dua kat majlis ni. Tapi, itulah, kerja tuhan ni siapa pun tak boleh kacau. Kalau dah jodoh kat mana mana pun boleh jumpa. Hari itu pertama kali saya bertentangan mata dengan Hafiz,terus jatuh cinta. Cinta Pandang Pertama. Hehehe. Saya yang memulakan langkah pertama, yelah, Lelaki ni kadang kadang penakut juga, saya tegur dia dan alangkah gembiranya teguran saya disambut dengan ramah sekali oleh Hafiz. Kami bersembang sepanjang malam, saya dapat rasakan kami mempunyai 'connection', satu 'chemistry' yang sangat kuat. Akhirnya, kami bertukar-tukar nombor dan berjanji mahu jumpa lagi minggu hadapan. Mana boleh first date terus bawak balik rumah, nanti orang kata desperate sangat.

Hafiz kata, dia lebih suka pada mereka yang lebih mempunyai sifat feminin. Kerana terlampau mengidamkan si Hafiz ni, macam macam dah saya buat, dan beribu ribu saya habiskan demi menyediakan diri saya supaya kena dengan selera Hafiz. Orang kata kalau dah cinta, macam macam benda kita buat, Slave of Love kononya. Tapi, sebelum jadi apa apa dengan Hafiz tu,
saya balik kampung dulu, nak jumpa ibu bapa, ambil berkat. Nanti kalau dah jodoh boleh kahwin terus, buat apa tunggu lama-lama.

"Mak tak berkati kamu, kalau kamu nekad juga nak teruskan benda ni, mak sumpah kamu jadi patung bila kamu jumpa dia!"

Itu ayat ayat terakhir mak saya. Amboi, marah betul dia kan?Biasalah orang kampung, kolot sikit pemikiranya. Tapi saya tak peduli dengan amaran keras mak saya. Cinta pada Hafiz makin hari makin membuak buak, asyik angau je. Lantak lah apa nak jadi, saya kol Hafiz dan minta ingin keluar bersama dia, saya cakap mesti keluar juga, soal hidup mati ni.(dramatik kan?)
So, Hafiz bersetuju mahu keluar petang itu, dia cakap lepas habis kerja tunggu dia kat kawasan Ofis dia.

Petang itu, saya menunggu Hafiz di celah celah kedai Sari Raju dan gedung pakaian Ahmad. Ofis Hafis betul betul di seberang jalan, senang sikit boleh tengok dia turun ofis dari sini, bila dia dah turun saya akan terus melambai lambai tangan dan melontarkan senyuman yang paling manis sekali pada dia, biar jatuh luluh hati dia.

10 minit kemudian nampak kelibat Hafiz, perasaan saya teruja ya amat, lalu ingin dilontarkan senyuman yang saya katakan mengancam itu tapi mulut saya kaku, kebas semacam je. Saya cuba mengarahkan tangan saya untuk diangkat tinggi-tinggi dan melambai namun tangan saya juga sudah tidak mahu mengikut arahan, satu badan saya sudah keras dan kaku, otak saya mampu berfikir namun tidak mampu untuk mengarah anggota badan saya untuk bergerak mengikut kemahuan lagi. Rupanya mak tak bergurau.


*****************************************

"Hmmm apalah yang dah jadi dengan Hazuewan tu ye bang?Abang ni cubalah nasihat dia sikit." Keluh seorang ibu mengenangkan anak nya.

Thursday, September 30, 2010

trendy stailo

Orang pakai motor besar kau pun nk pakai motor besar

orang pakai baju Band, kau pun nak pakai baju band

orang pakai baju butik, kau pun nak pakai baju butik

orang ramai ramai duk pakat main basikal,kau pun nak main basikal jugak

orang duk pakat menulis buku, kau pun nak menulis jugak

orang duk sibuk bawak kamera besar kehulu hilir, kau pun nak bawak jugak

orang sibuk pegi art event, kau pun nak pegi jugak

aku hanya buat apa yang aku rasa aku minat saja
yang berbezanya sama ada aku awal atau lambat saja.

Sunday, August 29, 2010


Adrenalin tak berhenti henti mengepam darah laju ke jantung ku

Membuat jantung ku berdegup makin kencang,jauh dari rentak norma degupan

Titik peluh halus mula keluar dari dahi dan tapak tangan perlahan lahan

Resah gelisah,adrenalin cuba membantu aku mengeluarkan rasa yang

Dah lama aku telan dan simpan jauh jauh dalam jantung aku.

takut,malu,ego,sering menghasut diri aku supaya terus menyimpan perasaan itu,entah sampai bila.

Namun kau tak tahu,betapa dada aku sesak,tak boleh bernafas,nak mengeluarkan kata kata terlalu berat.

Kau sesuatu yang cantik,begitu kontra dengan diri aku

Kehadiran mu saja cukup untuk merusah dan mencetuskan satu gelora yang

Hebat menggila dalam jantung ku.

Cukup!Mana mungkin dada mampu menahan lagi beban yang berat itu

Tolong alihkan dan biar dada aku mampu untuk bernafas sekali lagi,

Bernafas dengan udara yang baru,yang segar,yang harum,yang wangi.mungkin?

Jadi hari ini aku nekad,ya,seperti Tok Janggut,nekad mahu berjuang dengan orang putih dan mempertahankan negeri nya.Perjuangan aku juga sehebat itu,Cuma aku tak berjuang dengan orang putih,aku berjuang dengan diri aku,dengan alter-ego aku,berjuang untuk mendapat kan kebebasan

Kebebasan mutlak seorang lelaki yang selama ini dijajah dengan alter-ego nya.

Jadi,hari itu aku mengajak dia keluar makan..kebetulan dia dalam perjalanan mahu pulang ke rumah

Tak kisah la singgah sekejap untuk makan,lagipun makan percuma jarang ada yang menolak.

Dah pada hari itu juga,(aku lupa tarikhnya,tak penting pun) aku ketepikan ego aku,malu aku,takut aku,

Dada aku perlu bernafas kembali,rasa itu perlu keluar dari jantung aku,perlu bebas,yang penting diri bebas dari rasa yang lama membelenggu jantung aku.

Adrenalin semakin aktif mengepam, jantung aku making kencang,sebelum jantung aku berhenti berfungsi akibat terlalu laju berdegup baik aku luahkan saja rasa ini.

“Kau tau tak,aku suka kat kau?”

Matanya tepat memandang mata aku

Sejarah yang tercipta

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Friday, August 20, 2010

Steak KG.Baharu atau Kg Baru?

makan makan makan

geleng geleng geleng

makan makan makan

geleng geleng geleng

makan makan makan

geleng geleng geleng

makan makan makan

geleng geleng geleng


KELEPEK!!!!
aku nak makan la bodoh,kan dah kena!