Sunday, March 21, 2010

Cerpen Panjang

Pada Hari Ahad Dua Puloh Lapan haribulan Februari, seperti mana mana ibu bapa yang normal.


Mama dan Papa membawa anak kesayangan mereka Boboy berjalan jalan makan angin dan makan makan di kota. Hari itu Boboy sangat gembira,kerana Ibunya berjanji mahu membelikan dia Robot pelastik baru, bertambah la koleksi robot pelastik dia.YEaaaay!!!(jerit boboy). Pagi pagi lagi Boboy dah bangun mandi, gosok gigi, sarungkan seluar pendek khakis dan T-shirt Ben 10. Hari itu Boboy sungguh riang dan hyperaktif.


setelah sampai di Gedung Pasaraya Gergasi

Boboy laju laju berjalan ke toko yang menjual alat permainan..hati nya sungguh riang..namun langkah Boboy tiba tiba terhenti di satu toko menjual haiwan peliharaan. Di hadapan kedai itu terdapat satu sangkar yang memuatkan dua ekor Hamster lincah bermain, hamster itu mempunyai bulu berwarna kelabu dan hitam yang teramat lebat dan gebu. Bulu itu sungguh bersih dan kelihatan terjaga rapi. Teramat comel dan cantik sehingga mampu untuk mencuri tumpuan Boboy langsung melenyapkan imej robot pelastik di dalam kepala nya tadi. Lama Boboy tercegat di depan sangkar itu,memerhati dan menggamati gelagat hamster itu. Boboy berpaling pada Mama dan Papa.


"Boboy nak hamster ni boleh???tak nak la robot pelastik"


Sejak dari Dua Puloh Lapan haribulan Februari itu, Boboy suka menghabiskan masa terluang dengan dua ekor hamster kesayangan nya itu. Biasa nya kanak kanak semuda Boboy akan menghabiskan masa terluang dengan mengikuti aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah,ataupun menghadiri kelas Fardu ain,ataupun ke kelas tambahan,ataupun membaca buku ataupun membuat perkara perkara yang berfaedah yang lain. Namun lain pula dengan Boboy. Bila loceng sekolah berbunyi terus dia akan pulang ke rumah untuk berjumpa dan lepak dengan hamster kesayangan. Bila sekolah cuti, Boboy hanya akan duduk di rumah,membersih kan sangkar hamster, mandikan hamster, berlari lari dengan hamster, main bola dengan hamster,makan dengan hamster malah berborak dengan hamster.


Mama dan Papa semakin risau dengan Boboy. Kelakuan Boboy semakin pelik dan merisaukan mereka. Obsesi Boboy terhadap hamster semakin gila,sampai satu tahap Boboy tak berminat untuk makan nasi lagi, hanya kuaci dan palet hamster menjadi makanan kegemaran Boboy. Mama dan Papa telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit obsesi anak kesayangan mereka itu,kaunselor,pakar psikiatari,bomoh,pawang,klinik swasta,klinik kerajaan,hospital, pelbagai cara telah digunakan,malah percubaan mereka untuk menculik hamster lalu membunuh mereka dengan kejam juga tidak berjaya kerana sering diawasi Boboy.

Suatu hari, ketika Mama sibuk menonton rancangan dokumentari mengenai pembunuhan Hamster di RTM 1.

zuuuuuuuuuuuuuuuusssssss

satu kelibat Hamster sebesar kanak kanak berumur 5 tahun laju melintas di ruang tamu menuju ke dapur.

cerpen ini tamat dengan bunyi jeritan berfrekuensi tinggi dari seorang perempuan.


p/s:sebenarnya cerpen ni panjang lagi tapi aku dah malas nak tulis.


10 comments:

mamai said...

dah mati ke hamster tu

Dark Ray™ said...

tak cukup panjang

huj@n said...

mati la hamster itu

triple x malaya said...

apsal perempuan je menjerit...?

kelly said...

monster hamster..
makan mak budak tu

zulhafixi said...

tak panjang pon..
gampang ade la..

encik ADAM said...

mamai~sihat walafiat

dark ray~kan gua dah kata gua malas nak sambung,kalau tak panjang lagi

hujan~hamster kesayangan sush nk mati

warie~lu apasal lama senyap?

kelly~eh macam kenal?

zulhafixi~lu gampang

patungcendana said...

ben 10 kan?

✖Maqruf Lim✖爱 你✖ said...

robot pelastik die bunuh hamster yang macam adam ahmad

kimisai said...

boboy tu dh jdi mutasi kot...kan2?? sambung2, bdk umah gua semua minat cerita i..!!!