Boboy laju laju berjalan ke toko yang menjual alat permainan..hati nya sungguh riang..namun langkah Boboy tiba tiba terhenti di satu toko menjual haiwan peliharaan. Di hadapan kedai itu terdapat satu sangkar yang memuatkan dua ekor Hamster lincah bermain, hamster itu mempunyai bulu berwarna kelabu dan hitam yang teramat lebat dan gebu. Bulu itu sungguh bersih dan kelihatan terjaga rapi. Teramat comel dan cantik sehingga mampu untuk mencuri tumpuan Boboy langsung melenyapkan imej robot pelastik di dalam kepala nya tadi. Lama Boboy tercegat di depan sangkar itu,memerhati dan menggamati gelagat hamster itu. Boboy berpaling pada Mama dan Papa.
"Boboy nak hamster ni boleh???tak nak la robot pelastik"
Sejak dari Dua Puloh Lapan haribulan Februari itu, Boboy suka menghabiskan masa terluang dengan dua ekor hamster kesayangan nya itu. Biasa nya kanak kanak semuda Boboy akan menghabiskan masa terluang dengan mengikuti aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah,ataupun menghadiri kelas Fardu ain,ataupun ke kelas tambahan,ataupun membaca buku ataupun membuat perkara perkara yang berfaedah yang lain. Namun lain pula dengan Boboy. Bila loceng sekolah berbunyi terus dia akan pulang ke rumah untuk berjumpa dan lepak dengan hamster kesayangan. Bila sekolah cuti, Boboy hanya akan duduk di rumah,membersih kan sangkar hamster, mandikan hamster, berlari lari dengan hamster, main bola dengan hamster,makan dengan hamster malah berborak dengan hamster.
Mama dan Papa semakin risau dengan Boboy. Kelakuan Boboy semakin pelik dan merisaukan mereka. Obsesi Boboy terhadap hamster semakin gila,sampai satu tahap Boboy tak berminat untuk makan nasi lagi, hanya kuaci dan palet hamster menjadi makanan kegemaran Boboy. Mama dan Papa telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit obsesi anak kesayangan mereka itu,kaunselor,pakar psikiatari,bomoh,pawang,klinik swasta,klinik kerajaan,hospital, pelbagai cara telah digunakan,malah percubaan mereka untuk menculik hamster lalu membunuh mereka dengan kejam juga tidak berjaya kerana sering diawasi Boboy.
Suatu hari, ketika Mama sibuk menonton rancangan dokumentari mengenai pembunuhan Hamster di RTM 1.
zuuuuuuuuuuuuuuuusssssss
satu kelibat Hamster sebesar kanak kanak berumur 5 tahun laju melintas di ruang tamu menuju ke dapur.
cerpen ini tamat dengan bunyi jeritan berfrekuensi tinggi dari seorang perempuan.
p/s:sebenarnya cerpen ni panjang lagi tapi aku dah malas nak tulis.