Tuesday, January 12, 2010

Buatan Malaysia

pukul 1.30 petang tadi
berhadapan dengan restoran Ani Sup Utara cawangan Puchong Indah
seorang lelaki India,kurus,berkumis dan berambut panjang
berjalan ke arah satu pondok telefon menghampiri klien
berbincang sedikit sebanyak dengan klien
tiba-tiba klien lari,sup sup hilangkan diri..
ahhhh lelaki india tergamam
tanpa disedari,dua lelaki melayu bertubuh sasa
menghampiri lelaki tersebut dari belakang
lelaki india itu terkejut,dengan tiba-tiba tangan dia ditangkap
lelaki india cuba tersenyum dan berlagak tenang
dengan kudrat terakhir cuba menyeluk saku depan seluar jeans lusuhnya
mengeluarkan sesuatu dari saku,namun usaha itu tidak berhasil
dua orang lelaki sasa tadi lebih pantas bertindak menggari lelaki india
dan merampas satu paket kecil berisi serbuk putih dari saku seluar lelaki india
satu air muka yang susah hendak aku gambarkan ditunjukkan oleh lelaki india itu
seperti sesalan,seperti sedih,seperti marah,seperti geram,seperti takut
tapi aku tak pasti apa...
lelaki india itu dibawa masuk kedalam kereta proton berwarna hitam dan dibawa pergi
ke tali gantung buatan sendiri......



p/s:Maaf, tiada kesan kesan atau efek efek khas yang dimasuk kan kedalam cerita
kerana ini adalah filem realiti sebenar yang berlaku di depan mata aku

8 comments:

Dark Ray™ said...

biar gua teka..
lu klien tu kan?

triple x malaya said...

tepong dalam poket pun kene tangkap ke..?

en.Adam said...

dark ray~yeaaayyy!!dark ray komen lagi!!haha

triple x malaya~tepung haram la sekarang,barang terkawal,kau x taw ke??

patungcendana said...

berani buat berani tanggung la...

aloy_paradoks said...

biar gua teka..
lu klien tu kan?

bias® said...

biar gua teka..
lu klien tu kan?

en.Adam said...

pc~kau berani tanggung??

aloy dan bias~biar gua teka lu klien kan?

patungcendana said...

sebab aku tak berani tanggung la maka aku tak buat...hehe