Sunday, April 25, 2010

emansipasi





Hai Hensem



Monday, April 5, 2010

PROMOSI





Masuk Percuma, tapi jangan bawa masuk binatang peliharaan, nanti tak boleh masuk

Sunday, March 21, 2010

Cerpen Panjang

Pada Hari Ahad Dua Puloh Lapan haribulan Februari, seperti mana mana ibu bapa yang normal.


Mama dan Papa membawa anak kesayangan mereka Boboy berjalan jalan makan angin dan makan makan di kota. Hari itu Boboy sangat gembira,kerana Ibunya berjanji mahu membelikan dia Robot pelastik baru, bertambah la koleksi robot pelastik dia.YEaaaay!!!(jerit boboy). Pagi pagi lagi Boboy dah bangun mandi, gosok gigi, sarungkan seluar pendek khakis dan T-shirt Ben 10. Hari itu Boboy sungguh riang dan hyperaktif.


setelah sampai di Gedung Pasaraya Gergasi

Boboy laju laju berjalan ke toko yang menjual alat permainan..hati nya sungguh riang..namun langkah Boboy tiba tiba terhenti di satu toko menjual haiwan peliharaan. Di hadapan kedai itu terdapat satu sangkar yang memuatkan dua ekor Hamster lincah bermain, hamster itu mempunyai bulu berwarna kelabu dan hitam yang teramat lebat dan gebu. Bulu itu sungguh bersih dan kelihatan terjaga rapi. Teramat comel dan cantik sehingga mampu untuk mencuri tumpuan Boboy langsung melenyapkan imej robot pelastik di dalam kepala nya tadi. Lama Boboy tercegat di depan sangkar itu,memerhati dan menggamati gelagat hamster itu. Boboy berpaling pada Mama dan Papa.


"Boboy nak hamster ni boleh???tak nak la robot pelastik"


Sejak dari Dua Puloh Lapan haribulan Februari itu, Boboy suka menghabiskan masa terluang dengan dua ekor hamster kesayangan nya itu. Biasa nya kanak kanak semuda Boboy akan menghabiskan masa terluang dengan mengikuti aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah,ataupun menghadiri kelas Fardu ain,ataupun ke kelas tambahan,ataupun membaca buku ataupun membuat perkara perkara yang berfaedah yang lain. Namun lain pula dengan Boboy. Bila loceng sekolah berbunyi terus dia akan pulang ke rumah untuk berjumpa dan lepak dengan hamster kesayangan. Bila sekolah cuti, Boboy hanya akan duduk di rumah,membersih kan sangkar hamster, mandikan hamster, berlari lari dengan hamster, main bola dengan hamster,makan dengan hamster malah berborak dengan hamster.


Mama dan Papa semakin risau dengan Boboy. Kelakuan Boboy semakin pelik dan merisaukan mereka. Obsesi Boboy terhadap hamster semakin gila,sampai satu tahap Boboy tak berminat untuk makan nasi lagi, hanya kuaci dan palet hamster menjadi makanan kegemaran Boboy. Mama dan Papa telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit obsesi anak kesayangan mereka itu,kaunselor,pakar psikiatari,bomoh,pawang,klinik swasta,klinik kerajaan,hospital, pelbagai cara telah digunakan,malah percubaan mereka untuk menculik hamster lalu membunuh mereka dengan kejam juga tidak berjaya kerana sering diawasi Boboy.

Suatu hari, ketika Mama sibuk menonton rancangan dokumentari mengenai pembunuhan Hamster di RTM 1.

zuuuuuuuuuuuuuuuusssssss

satu kelibat Hamster sebesar kanak kanak berumur 5 tahun laju melintas di ruang tamu menuju ke dapur.

cerpen ini tamat dengan bunyi jeritan berfrekuensi tinggi dari seorang perempuan.


p/s:sebenarnya cerpen ni panjang lagi tapi aku dah malas nak tulis.


Wednesday, February 24, 2010

Cerpen Pendek

Ahmad lah budak paling nakal kat kampung tu.

Monday, February 22, 2010

Hikayat JIn Aregedur

adapun hikayat mareng kerapu mengceritakan
maka mengamuklah Bapak Jin Aregedur setelah mendengar berita itu

"maka,akulah yang bernama bapak jin aregedur bersumpah atas nama nenek moyang
keturunan aku sepuloh generasi bahawa mana mana manusia yang tolol menolak
jemputan MIMPI maka aku akan makan manusia itu!
setelah habis kulit kulit disiat,daging daging aku ceraikan,tulang tulang aku patahkan
maka aku akan menghadap jamuan aku dan matilah kamu di dalam perut aku!"

Adapun Bapak Jin Aregedur bertitah demikian, maka gegak gempita lah satu kampung anggerik itu,bertempiaran lari ke MIMPI beramai ramai.

Sunday, February 21, 2010

surat dari MIMPI

seperti biasa.bukan mudah untuk berjuang dan mengimarak kan seni.tambah tambah lagi bagi pemuda yang bukan siapa siapa macam kami ni.kalau nak mengimarak kan masjid senang je
pegi je masjid,imarak,xpayah pakai duit banyak2. Namun,perjuangan tetap harus diteruskan
biar lah bala atau cabaran apa pun datang,harus gagah.

Mimpi seperti yang disiar kan, akan dilangsungkan Sabtu hujung minggu ni
jadi,kamu semua,sangat dialu alu kan untuk menghadirkan diri.biar meriah sikit seni tanah Melayu ni. Jadi untuk kalian yang ingin datang,sila lah,tapi
kalau ada kalian yang ingin menyumbang sedikit bantuan
bagi mencantik kan lagi majlis ini,kami tak menghalang,kami terima dengan penuh rasa rendah diri dan keterharuan.
apa apa pun,kami tetap akan terus berjuang.
sekian,Terima Kasih



Wednesday, February 17, 2010

kepul kepul

eh awak..tengok awan tu
cantik kan??putih, gebu, berkepul kepul
dihiasi pula dengan warna biru cair langit..
ahhhhh sungguh sempurna
kalau boleh,saya nak ambil awan tu
gulung gulung gulung gulung kat satu lidi
lepas tu bagi kat awak,buat cotton candy
best kan????




jiwang lah lu