Monday, October 5, 2009

berat dia 2 tan

meaowww meaaowwww!
comel sungguh si kucing itu
merengek manja di kaki lima
harapan dapat lah tulang ayam kfc seketul dua
dari makhluk tuhan yang lebih berkeupayaan berbanding dia
yang hanya mampu merengek manja meminta belas kasihan...


seorang gadis seksi bergetah datang
"eh cumel nye kucing ni,alalalala comot comot nye die...miaumiaumia"
gadis seksi bergetah membelai-belai manja si kucing,
selepas 5 minit gadis seksi bosan dan terus berlalu pergi..

kucing hampa..

jejaka tampan gagah perkasa datang
"eh kucing,cantik plak tu bulu dia"
mengangkat kucing itu lalu membelai mesra
"alahai cantik nye dia,tebal betul bulu dia"
selepas 5 min,jejaka tampan gagah perkasa melepaskan kucing itu
dan berlalu pergi....

meaowwww!meaowwwww!!
si kucing cuba memanggil....

si gadis kecil comel lotte datang
"mama!mama! tengok kucing ni,comelnye!!"
duduk lalu membelai manja si kucing"
"mama,kalau kita bawak balik kucing ni boleh tak???"
"jangan nak mengarut lisa!cepat balik,mama nak tengok Rosyam Nor kat tibi ni"

meaooooowwwwwww!kucing itu memanggil kosong...

perempuan tua kulit berkedut datang sambil menggalas bungkusan kfc
miaowww miaowwww miaowwww!!!makin kuat rintihan si kucing
"alahai si kucing,comelnya kamu.."
miaoww miaowwww
perempuan tua kulit berkedut bongkok sedikit cuba membelai si kucing
si kucing pantas cuba menggapai kfc di tangan si perempuan tua kulit berkedut
"oiiiit!!!ni kfc aku la,cucu-cucu aku nak makan,kau tak boleh!"
shuuuuussshhh shuuuuuuushhh sambil menjentik telinga kucing
perempuan tua berlalu pergi dari situ...


miaaaooooooooooooooowwww....

begitulah yang berlaku setiap kali ada kelibat makhluk manusia yang datang
membelai si kucing manja,konon perihatin lah,konon sayang kat kucing
hakiki nye,si kucing tak perlukan belain manja tu
berilah seketul dua ketul tulang,cukup untuk si kucing
terus bernafas dan terus hidup di dunia ini....


tambahan:dengar cerita Paradoks akan muncul dengan Mimpi lagi????

Thursday, September 17, 2009

ooooooooooooooooooooooooo (kekurangan idea kreatif)

asal raya je balik kampung
asal raya je balik kampung

kenapa la tak boleh kampung tu datang kl???






notakatbawah:alasan malas nak balik

Wednesday, September 2, 2009

hari ini buka puasa lauk ikan masak asam

kringggggggg!kringggggggggggg! (kalau sape-sape tak tau,ni bunyi telepon opis)


Kerani di salah satu Jabatan Gomen: Helo Assalamualaikum,'salah satu jabatan Gomen disini',boleh saya bantu??

Jaki: Ye, saya Jaki dari syarikat Define International Event, saya nak bertanya sikit

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: Ye??awak nak tanya apa??

Jaki: Itu hari saya ada hantar satu proposal untuk projek terbaru jabatan awak,apa perkembangan proposal saya??

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: Proposal yang mana ha??banyak proposal ni

Jaki: ada, proposal yang saya hanta isnin minggu lepas,diberitahu jawapan akan disampaikn tak lebih dari seminggu??

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: Sekejap ye

selepas 2 minit je

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: Oh, saya dah jumpa!proposal ni ada bawah meja lagi,tak diteliti lagi oleh orang atasan

Jaki: Eh,macamane boleh macamtu,saya orang mula-mula yang bagi proposal tu

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: Mana lah saya tau encik

Jaki: ok lah,camni, awak boleh tak tolong bagi proposal saya kat Pegawai Gomen yang bertugas??

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: hah??apa encik??ulang skali lagi??

Jaki: Awak boleh tak tolong...

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: apa??apa???saya tak dengar lah

Jaki: BOLEH TAK AWAk......

Kerani di salah satu Jabatan Gomen: AAAa???tak dengar lah,henfon saya rosak ni,mebi kalau ada henfon baru saya boleh
dengar kot??helo helo??

Jaki: errrrrr ??????

PTUIIIHHHHH!!

kau di atas
aku di bawah



CELAKA!!!

Friday, August 7, 2009

nepotism

mata aku liar mencari plug untuk dicucuh palam pencucuh,
esok nak pasang spekear nak buat senamrobik..

ada 4 lelaki berpakain seragam biru kemas di depan aku,sedang 'beristirehat'

"cik,kat sini ada plug tak???"

"kau nak buat apa??"

"esok saya ada buat senamrobik kat sini,nak cari plug,pasang speaker"

"kau ada surat kebenaran tak???"

dengan pantas dan penuh yakin aku jawab (sahabat aku berkata,cakap pape pun biar penuh yakin,fakta atau belit lain kira)

"ada!fakulti punya surat"

abang yang berpakai seragam biru kemas diam...

aku blah



susah sangat ke nak paham soalan aku????

Monday, July 20, 2009

berghairah dalam MIMPI

Itu malam,terima kasih pada geng2 Paradoks yang telah menjayakan misi MIMPI

itu malam,terima kasih pada hadirin hadirat yang sudi mengorbankan sedikit masa mereka untuk datang
ke majlis MIMPI dan bersila bersama kami dalam gelap malam

itu malam,terima kasih jugak bloger-bloger yang datang dari jauh..maya bertukar realiti
(ensem jugak abang bias ni)

itu malam,tenkiu beri much performer-performer yang membuat persembahan
(korang semua memang sporting dan penyabar!,gua respek!)

itu malam,terima kasih kepada mereka mereka yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang dalam MIMPI
(Cik Satiya,Galeri Shah Alam)

itu malam,mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak kami,sesunguhnya memang banyak kekurangan dan kesilapan,disebalik nya,kami dapat belajar melalui itu,dan MIMPI seterusnya kita akan berghairah dengan lebih stylo!

lain malam,kita berjumpa lagi di majlis seterusnya!!!
(tak tau bila)

Friday, July 17, 2009

sedia???

Aku perlu bersedia!!

aku perlu bersedia...

AKU PERLU BERSEDIA!!!!

Event MIMPI beberapa jam saja lagi hampir dengan aku
dan masih lagi belum bersedia
hari ini aku akan serius dan gigih berlatih
sampai waktu dan ketika nanti aku tak mengecewakan
mereka semua yang sanggup korban kisah hidup mereka yang lain
untuk bersama ghairah dalam MIMPI

ayuh kita semua bersedia lena berghairah di MIMPI!!


AKU PERLU BERSEDIA!!!